first sekali yang korang pandang bila bercakap dengan orang adalah gigi kan ? eh jangan tipu la sebab aku pon macam tu jugak hihi. korang jangan lupagosok gigi sebelum nak cakap dengan orang tau wkakakaka. alhamdulillah dah lebih kurang 1 tahun 3 bulan aku pakai braces. alhamdulillah sekali lagi dengan izin Allah gigi aku dah beransur-ansur menjadi sebaris and aku dapat bagi senyuman paling manis dekat masyarakat haha.
level confident pon dah tinggi sikit untuk senyum alhamdulillah. bukan sebab nak bangga or cantik tapi memang hakikat sebelum bergigi besi aku mempunyai level confident yang agak rendah, nak senyum-senyum pon tutup mulut. kalau boleh memang tak nak bukak la gigi besi ni biar je kat situ diam-diam sampai tua boleh tak ?
sebenarnya kita sendiri pon tak sedar bila masanya gigi ni bergerak and macam mana dia bekerja. sedar tak sedar gigi tu dah elok dah sebaris. tapi kalau kau nak tunggu je depan cermin pastu tengok gigi memang berjanggut la nak tunggu labu. alhamdulillah aku takde masalah untuk makan lagi, makan ikot sedap mulut je tapi makanan yang agak keras sikit tu aku elakkan makan sebab nak jaga gigi kan.
rupanya ada la beberapa orang bertanya dekat aku pasal braces ni dekat dalam page aku and facebook aku sendiri tapi aku boleh pulak tak perasan sebab mesej dia masuk dalam inbox tapi bahagian 'other' . dah lama baru perasan, so ini haa aku bagi tengok perkembangan gigi aku dari masa ke semasa.
7 Disember 2012
10 April 2013
time ni gigi agak kritikal sikit and agak susah nak makan, cakap sebab gigi belakang tu dia dah jatuh
kebawah and gigi bawah tu jadi renggang sebab kena tarik. sakit sakit sakit
31 Julai 2013
time ni pakai braces yang straight tu sebab doktor nak bagi kedudukan yang betul.
lepastu pakai braces yang biasa balik.
dulu
apa-apa pon Alhamdulillah dan syukur sangat sebab ini semua kerja Allah.
mesti gigi korang lagi cantik kan, original lagi, hahaha ok bai.
welkam gigi cantik, nampak banyak perubahan daripada asal
ReplyDeletehai mera.....gf azzam amerruddin ka ni??? tgk wish bday kt dia pun siap wo ai ni lagi...huhu...just wnt to knw.....hve fun wth him... ;-)
ReplyDeleteowhhhhh ni ka awek azzam amerruddin...hihihi....sy knl dia...aska kt ipoh kn....tp dia org kL.....hehehe....hve funnnnn
ReplyDeletesalam. hihi seronoknya tengok perubahan gigi awak. saya teringin nak buat tapi takut sangat sakit T_T dan takut mahal T_T
ReplyDeletesalam. hihi seronoknya tengok perubahan gigi awak. saya teringin nak buat tapi takut sangat sakit T_T dan takut mahal T_T
ReplyDeletewslm. first sekali kalau awak mmg teringin nak buat, jangan rasa takut sebab saya dulu takut jugak mula2 sebab kena cabut 4 gigi tapi sebenarnya tak sakit pon and jangan fikirkan sangat. cuba cari tempat buat braces yg murah dekat tempat awak, mesti ada punya. :)
DeleteSalam...boleh sy bertanya?awk bt braces ni di mana ya?dh lama sy mencari klinik pakar di area ipoh..
ReplyDelete