Perasaan was-was ketika puasa, solat dan berwuduk

By | 7:21 PM Leave a Comment


Syaitan telah merosakkan sesetengah orang dengan menjadikan mereka merasa was-was terhadap ibadah mereka seperti was-was ketika berwuduk, solat, puasa dan lain-lain.
Sehingga semasa solat ada yang sering berhenti kerana merasa terkencing ataupun terkentut sekalipun dia tidak pasti benarkah begitu.

Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. 

Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti dia jangan berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

Sempena menjelang Ramadan yang mana setiap kita akan membanyakkan ibadah maka pastikan perasaan was-was syaitan itu jangan dituruti.



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me