Kafe atau kedai makan hipster sekitar Ipoh

By | 11:56 AM 1 comment

sekarang ni bukan macam zaman dulu lagi sebab susah nak cari tempat makan yang best-best. kalau kita tengok sekarang ni kedai makan atau kafe tumbuh bagai cendawan di atas jalanan. untunglah aku dapat kawan-kawan yang memang jenis suka jalan-jalan cari makan punya geng, ada duit kita pergi takde duit kita duduk rumah makan masakan mak. hahaha

apa yang menariknya mengenai konsep kedai makan sekarang ni ialah para pemilik kedai menarik minat orang ramai untuk datang kedai dengan buat konsep hipster. remaja sekarang memang suka dengan hipster-hipster ni sebab memang sesuai sangat dengan jiwa dorang. bab nak promote kedai makan ni memang senang sebab sekarang semua orang dah ada instagram dengan facebook. upload je dekat instagram, automatik kawan-kawan kita dah tahu pasal kedai tu. jom kita tengok antara kafe atau kedai makan yang korang boleh berkunjung untuk makan-makan.


1. 253 Classic ( BERHADAPAN STADIUM HOKI )

Kedai ni berhadapan dengan Stadium Hoki Ipoh. Makanan dekat sini memang murah la ceritanya, memang ramai sangat orang sampaikan aku nak cari tempat pon susah. Ada promosi pada waktu-waktu tertentu and boleh la dapat makanan western dengan harga yang murah giler. 253 Classic juga ada buat kombo, so kalau korang nak makan tapi dalam masa yang sama tak cukup bajet boleh ambil set combo yang disediakan.





253 Classic ( BERHADAPAN MEE REBUS RAMLI )

Kafe 253 Classic ada satu lagi cawangan dekat Taman Perpaduan berhadapan dengan kedai mee rebus ramli. Memang untung la makan dekat sini, murah pon murah, sedap pon ye. Tambah-tambah lagi kalau pergi time happy hour pukul 5.00 ke 7.00 petang. berbaloi baloi bagi yang nak makan western tapi bajet ciput.


2. Karat Cafe

Kafe ni terletak bersebelahan dengan thumb's kafe. Memula tak tahu nak makan dekat thumb's kafe atau karat kafe, tapi disebabkan konsep Karat kafe lebih menarik hati aku maka makan dekat sini jela. Bila masuk dalam korang akan merasai seperti berada dalam rumah kampung yang moden dan cantik.


memang sempoi sangat menu Karat kafe ni, ko ambil kertas putih lepastu peronyok-peronyok sikit lepastu print menu. hahaha. kalau kita tengok dekat sini makanan dia berada pada paras mampu milik dan tak la murah sangat. harga standard la kan kalau makan western food.






3. Mat periuk Cafe

Kafe ni terletak di kawasan perumahan Kampung Tersusun Tasek. Kena pandai cari la, kebetulan pulak sahabat baik aku memang tinggal situ so senang la mencarinya. Kafe ni aku rasa yang terawal jugak buka berbanding dengan kafe yang lain. Chef Kamarul merupakan pemilik kafe ni dan satu lagi cawangan Mat Periuk Kafe sudah dibuka dekat Tambun.







4. Hobo Cafe

Kafe ni aku belom try lagi tapi dari gambar-gambar yang aku tengok memang konsepnya cun sangat. Bab makanan tu tak boleh cerita lagi. Kafe ni terletak dekat pekan ipoh, berhampiran dengan kawasan gerbang malam.



5. Gomok cafe

Kafe ni jugak aku belom try lagi tapi daripada apa yang telah di share oleh sahabat-sahabat aku, inilah antara gambar-gambar yang ada. Katenya makanan dekat sini agak mahal sedikit la bagi mereka yang bajet ciput ni.




6. Thumb's cafe

Belum try lagi. Jom layan gambar je.




7. El Negra Distro + Studio

Belum try lagi. Jom layan gambar je.



Update 23 April 2015

8. Konda Kondi Cafe And Bistro

Alamat :
183, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. (berhadapan dengan SOS club)
Dibuka :
5pm to 12am  ( ditutup setiap hari Selasa )
Instagram :
 #kondakondicafe😴 http://kondakondi.instagram





ini adalah antara tempat yang korang boleh pergi untuk jalan-jalan cari makan. mungkin ada banyak lagi tempat lain yang aku terlepas pandang tapi sebagai kita orang Melayu ni, orang islam mestilah nak cari tempat makan yang halal kan? so ini antara cafe milik orang Islam. Di jamin halal !

dan bagi sesiapa yang rajin menonton cerita Kopi bersama Ustaz Kazim di TV9 boleh la tengok-tengok sebab cerita ni banyak mengambil cafe di Ipoh sebagai lokasi pengambaran.



Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. I should try one of this cafes soon. Lagi2 i mmg minat habis coffee. Coffee hunting tk habis lgi ! huhu Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete

Click me