Seekor kucing yang memiliki bulu seperti sepasang tuksedo yang tampan ini menunggu di kerusi ini hanya kerana ingin menunggu tram. Di Netherlands, kucing ini telah mendapat perhatian penduduk yang menggunaan perkhidmatan tram dan penduduk sekitarnya. Penduduk Rotterdam-Kralingen sudah mula suka untuk menggunakan perkhidmatan ini semata-mata kerana ingin melihat kucing comel ini. Kucing ini diberi nama AKE.
Dia telah menunggu di hentian tram ini setiap hari selama 10 tahun , lama bukan ?
Tuan Ake sangat terkejut kerana kucingnya tiba-tiba menjadi popular di tempatnya dan juga seluruh dunia.
Semua orang menyukai kucing comel ini dan selalu memberi makan padanya. Tetapi tuannya telah memberitahu diakaun Ake's Facebook page bahawa Ake mempunyai penyakit yang memerlukannya untuk mengamalkan diet seimbang, jadi tolong jangan beri makan pada dia sesuka hati.
Cerita ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita bahawa kadang-kadang kucing comel juga dapat selesakan dirinya membuat kerja harian dan Ake telah memberi peringatan kepada kita bahawa kita patut bersyukur dengan apa jua yang kita terima di dalam kehidupan ini.
0 comments: