Braces #1 : Tampal gigi dan cabut gigi

By | 7:14 PM 8 comments


Assalamualaikum

bermulalah permulaan hidup aku mulai 13/11/2012. apa yang baru ? apa yang baru bermula ? hehe sebenarnya aku dah lama nak pasang braces ni and bila umur aku dah 21 tahun baru ada kesempatan nak pasang. selalunya orang cakap kalau nak buat braces kena masa zaman kanak-kanak atau remaja kan, aku ni dah dikategori dalam kumpulan dewasa. so takpelah pakai jela bila berpeluang. gigi aku ni kategori gigi berlapis so kalau nak senyum or cakap pon macam segan kan, alaa aku rasa orang yang senasib dengan aku akan rasa benda yang sama.




mula-mula aku dah survey banyak klinik gigi dekat ipoh ni, antaranya Klinik Pergigian Azira dekat Medan Gopeng ( bersebelahan dengan Megoplex ) kos basic dalam RM5000 and belum termasuk kos yang lain, Klinik Pergigian Ong ( belakang taman kanak-kanak ( TKK) )kos basic RM4000 ke atas dan Klinik Pergigian Fair Park ( bersebelahan dengan hotel Fair Park ) kos basic RM3500 and belum termasuk kos yang lain. so antara ketiga-tiga klinik ni aku pilih Klinik Pergigian Fair Park sebabnya dekat situ harga agak murah la dari klinik gigi yang lain.

hari Isnin tu aku survey harga dulu dekat klinik Fair Park tu lepas tu selasa tu baru aku pergi check keadaan gigi aku and consult semua include kos sekali. so semua dalam RM4500 ++ and tak tahu la kot-kot nanti kalau ada kos tambahan ke kalau gigi aku ada masalah ke kan. doktor cakap aku kena tampal gigi sebab gigi aku ada yang berlubang and kena cabut 4 gigi. what 4 batang gigi ? lepas dengar tu aku dah rasa seram sejuk gila dah macam dah tak jadi nak buat braces. aku tanye doktor bila boleh start buat ni, doktor cakap sekarang pon boleh. haha. lepas aku bincang dengan kakak aku, so aku pon setuju nak tampal and cabut gigi kejap tu jugak. rasa takut jangan cakaplah bila dah masuk bilik tu, rasa nak lari pon ada, tapi doktor suruh aku rilek jangan keraskan badan. aku pon ikut nasihat doktor.


lebih kurang macam ni la alat-alat dia..seram kan


Alhamdulillah masa nak tampal tu tak rasa sakit pon tapi bila time cabut gigi tu aku takut. yela banyak orang cakap cabut gigi sakit kan ? tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak rasa sakit langsung bila cabut gigi. doktor tu dah sembur ubat bius, cucuk ubat bius sampai 8 ke 9 kali dalam mulut aku tapi alhamdulillah tak rasa sakit pon sebab kita dah rasa kebas kan. rasa kebas tu akan tahan sampai 2 jam. lepas dah habis semua aku dapat ubat antibiotik and pain killer. ubat pain killer kena makan kalau rasa terlampau sakit je, tapi Alhamdulillah lepas dah balik rumah aku tak rasa sakit pon and aku tak sentuh pon ubat pain killer. itulah aku rasa semua bergantung pada diri seseorang, ada yang rasa sakit, ada yang tak. tapi bila balik tu aku tidur kejap sebab letih, bangun tidur aku tukar kapas gigi yang still tak henti keluar darah tu and memang banyak la keluar darah sampai kepala aku dah pening dah. nak berjalan pon rasa terhuyung-hayang maybe sebab kesan dari darah yang banyak keluar tu. lepas aku dah rilek, baring-baring kejap baru rasa tak pening dah. nasib esok pagi darah dah stop keluar.

doktor tu memang baik. namanya doktor Fadzli, dia cakap kalau gigi aku dah baik esok pon boleh datang pasang braces. hehe. tapi memandangkan banyak jugak darah keluar time tu and kena tukar kapas dua kali aku pilih la 4 hari lagi iaitu hari jumaat nak pasang. tapi pagi esoknya gigi aku dah ok so aku mesej doktor tu cakap nak pasang hari khamis, doktor pon balas boleh, datang pukul 12.


(atas) senyum yang tak berapa nak manis
( bawah ) kedudukan 4 batang gigi yang dicabut



nasihat aku untuk yang berminat pakai braces, sebelum nak cabut gigi eloklah korang makan  kenyang-kenyang dulu sebelum pergi cabut gigi, jangan jadi macam aku tau pagi tu aku makan sikit je and tengahari tu aku dah lapar gila tapi gigi dah cabut. nak makan pon susah so kenalah   makan benda-benda lembut jela macam bubur, lepas tu aku makan biskut kering celup dengan milo panas. serius aku tak selesa bila takde gigi, rasa macam apa ntah tak tau nak cakap.

bersyukur la pada sesiapa yang memang dah ada susunan gigi yang cantik and jagalah gigi korang elok-elok ye. gigi macam aku ni berlapis, bila nak makan banyak je benda-benda nak tersekat. lagi satu aku ni kurang confident kalau nak cakap depan orang ramai, aku mesti rasa yang aku ni tak cantik la apa la, segan gila. aku faham siapa-siapa yang senasib dengan aku. so hari khamis nanti aku dah boleh pasang braces. rasa tak sabar pulak nak pasang. hehe. ok tunggu la next entry nanti bila braces aku dah dipasang.




nasib la dan bantai makan ayam banyak-banyak dekat kenny rogers jusco ipoh..wee :D

Newer Post Older Post Home

8 comments:

  1. gigi saya pulak jarang2 kat bawah..nanti dah pakai tunjuk lah kat kitorang..hehehe..

    ReplyDelete
  2. ramai mmbe pkai braces terus kurus..
    sakit nak makan katenyeee..
    heheh :D

    ReplyDelete
  3. berapa kos sebenar u buat braces?

    ReplyDelete
  4. @Anonymous RM 4200. bergantung pada masalah gigi

    ReplyDelete
  5. @fatinrehannayusoff yeke. kita elok je gemok. hehe. memang sakit kadang-kadang especially lepas check up utk ketatkan besi, lepas tu 3 hari jugak la susah nak makan benda2 keras

    ReplyDelete
  6. tpi tak pe comey :)
    btw kalau adaa update entry pasal brace tolong bgtau di sini

    http://cewa99.cbox.ws/ " <---

    ReplyDelete
  7. dr tu xde kepakaran braces...klinik gigi azira and ong mahal sebab dr Pakar Orthodontik yang buat...Dr fadzli ni bukan pakar..thats y...

    ReplyDelete

Click me