Assalamualaikum
seperti yang dijanjikan aku nak update lepas aku pasang braces dekat entry sebelum ni sila baca dekat sini. so sekarang besi-besi braces tu semua dah ada dalam mulut aku. hehehe. rasa tak biasa lagi, mulut rasa muncung je bila nak tutup.
semalam 15/11/2012 bersamaan hari khamis dan juga Awal Muharram 1434H untuk semua umat Islam, aku pergi klinik gigi untuk buat pemasangan braces. Memang excited sangat la bila nak pergi pasang tu, sampai-sampai je klinik aku dah sedia dah, takde rasa takut or nervous pon tapi terpaksa tunggu giliran la sebab ramai orang time tu.
bila nama aku kena panggil, doktor pon tanya gigi adik dah ok ke ? aku cakap ok je ! so dia pon check and bila semua ok dia pon start prosedur nak pasang braces. mula-mula dia bersihkan mulut aku, lepas tu baru start nak lekatkan gam untuk tampal besi-besi kecik tu semua. tapi sebelum tu aku dipakaikan dengan plastik yang untuk regangkan mulut bagi terbukak luas. lepas tu baru doktor lekatkan gam untuk tampal besi and then pembantu doktor tu akan shoot kan besi-besi tu dengan laser warna biru.
lepas dah lekatkan besi, baru la dawai panjang tu dimasukkan dalam mulut aku atas dengan bawah. lepas siap pasang dawai, doktor suruh pilih color apa nak pakai ? memandangkan aku memang teringin sangat nak pakai warna turqouise and memang tak banyak sangat choice color kat situ, so aku pilih warna turqouise or baby blue ke ntah la. hehe. doktor kata tiap-tiap bulan boleh tukar warna. masa nak masukkan getah warna biru tu dekat dalam besi, ada rasa ngilu sikit la. doktor suruh aku jaga-jaga dengan ulser sebab gigi taring belah atas tu akan sebabkan ulser teruk nanti. Alhamdulillah masa pasang pon aku tak rasa sakit just ngilu je, masa cabut gigi dulu pon aku tak rasa sakit. ok itu sahaja prosesnya, dah boleh keluar bilik bedah. cehh
tunggu dekat luar and then bayar baki deposit RM200. dia bagi aku ubat ulser, katanya kalau ada ulser boleh sapu dekat dalam mulut pakai berus kecik yang dia bagi. yeayyy akhirnya aku dah pakai braces, tergelak-gelak aku bila pakai braces sebab susah nak tutup mulut. kesian siapa yang silau tengok gigi aku. wakakaka.
al-kisahnya pulak lepas balik dari pasang braces, aku and family pergi la jalan-jalan ke Aeon Station 18. jalan-jalan punya jalan, aku cari jugak kat food court kot-kot kalau ada jual bubur ke sebab aku dah lapar sangat dah ni, tapi takde pulak jual. lepas tu pergi la farmasi dengan keadaan lapar sebab nak pergi beli berus gigi halus and comel untuk pemakai braces, lepas tu jalan-jalan lagi dalam tu nak cari body wash. baru je nak pilih tiba-tiba....ketappp bunyinya. awww apakah ? rupanya besi yang doktor pasang tu dah tercabut dari landasannya. aku dah panik ni tak tahu nak buat apa, terus pergi bayar barang yang aku pilih tadi.
aku tengok cermin, nasibla gigi tu luar dari landasan dawai yang selari dengan semua gigi, kiranya gigi tu kebelakang sikit dari gigi yang lain. memandangkan dekat kad klinik tu ada ni handphone doktor, aku pon call. sembang la dengan doktor kejap, aku cakap macam mana ni doktor besi dah tercabut nak buat eh ? doktor cakap datang la dekat klinik saya yang dekat Meru ( Klinik Pergigian Dr. Fadzli ) , saya ada pukul 5.00 - 7.00 malam, kalau tak sempat datang dekat klinik saya yang dekat Klebang 7.00 - 10.00 malam ( Klinik Pergigian Fama ). tapi rasanya tak sempat nak pergi klinik dekat Meru, so aku pon pergi la dekat klinik dia dekat Klebang malam tu. ramai jugak orang dekat situ dekat 2 jam aku tunggu turn. masuk-masuk je dalam doktor tu dah kenal aku, kesian kamu ye terseksa ke tercabut besi ni ? haha. takdelah terseksa mana pon. doktor cakap kamu nak cantik mesti kena tahan sikit. dr. just potong dawai dekat besi yang tercabut tu and itu je. itu je ? tuunggu dekat 2 jam, prosesnya tak sampai 10 minit. dr. akan pasang balik besi yang tercabut tu bila aku datang buat check up 3 minggu lagi. so besi yang tercabut tu dibiarkan dulu lapang kat situ sebab gigi aku masih baru so takde apa-apa kesan lagi katanya. pesan dia kena jaga la besi-besi ni semua jangan bagi tercabut, kalau tak aku terpaksa la balik ipoh dari UPM nanti untuk jumpa doktor.
gambar sebelum dan selepas pakai braces
gambar bawah ( bracket gigi dah tercabut - gigi yg kebelakang sikit tu )
sekarang ni terpaksa la tahan lapar and makan bubur je sementara nak tunggu kedudukan besi ni dah betul-betul stabil and aku dah tak rasa ngilu lagi. bila tidur rasa ngilu la jugak tapi sikit je, tak sakit pon. ubat pain killer pon still ada lagi dalam simpanan.
Bagi yang nak tahu berapa kos buat braces ni ianya bergantung pada tempat and keadaan gigi korang jugak. untuk aku semuanya RM4520 and kena bayar ansur-ansur la paymentnya. klinik yang aku pergi ni ambil RM100 ke RM150 untuk bayar ansur-ansur tiap-tiap kali pergi check up, so semuanya kira macam ni
- Tampal dan cabut 4 batang gigi
- Scaling
- Pemasangan braces
- Retainer
JUMLAH : RM4520
so aku dah bayar RM1020 and bakinya lagi RM3500. nanti setiap kali check up aku kena bayar dalam lingkungan RM100 ke RM150 sahaja la ikut mana yang mampu. arghh ngiluuuu. ok la bye. penat dah menaip dengan gigi berbesi ni. haha ( takde kena mengena )
dah lawa bole lah kawin . hahahaha !
ReplyDeleteoo..boleh byr ansur2 ea?...
ReplyDeleteye. boleh bayar ansur2 ;)
ReplyDeleteselama berapa tahun besi tu nak cabut...kalau dah pasang braces blh ke makan nasi atau ayam..?
ReplyDeletedia bagi tempoh 2 tahun dulu. lepas tu tengok keadaan macam mane, maksudnya kalau gigi kita cepat gerak, cepat la prosesnye and cepat la bukak besinya. so bergantung la pada gigi masing2.
ReplyDeleteboleh makan nasi, ayam semua macam biasa. tapi kalau lepas check doktor, dia ketatkan getah tu, susah sikit la nak makan dalam 3 ke 4 hari camtu.
so, solutionnya makan benda lembut2 je
saya tak sabar mk pakai bracesss! lepas SPM ni baru pakai :/
ReplyDelete