Selalu
tak kalau keluar bawak anak-anak kecil mulalah dorang ni meragam nak itu la ini
lah kan sampai satu tahap kita pon jadi marah dan orang lain pon tengok kita
dengan anak kita rasa pelik je. Aku tau pon semua benda ni bukan sebab aku dah ada anak tapi aku dah ada
dua anak saudara yang macam tu jugak la perangainya. So apa yang perlu kita
buat adalah bawak dorang ni ke tempat permainan yang boleh tenang dan gembirakan
hati dorang mesti lepastu tak meragam kan ? siapa tak sayang anak kan, so ambil
sedikit masa untuk diluangkan bersama mereka.
Kalau masuk je dekat entrance Cheeky Tots ni yang belah kiri bersebelahan dengan kaunter akan ada bilik bacaan yang comel ni
Kawasan permainan untuk kanak-kanak dewasa
Air based gesture game ( Xbox) |
Kawasan permainan untuk baby
Kadang-kadang aku join Khalif Umar main and kadang-kadang
tu kalau lapar bolehlah pergi kafe Cheeky Tots ni. Makanan yang ada
kebanyakannya western la and memang sedap dan terbaik. Jangan risau dengan
aktiviti anak anda sebab kafe ni berdepan je dengan tempat mainan so kita boleh
perhati je daripada jauh.
Antara makanan yang ada dekat sini and aku berani jamin makanan dekat sini sedap sangat. Cuba la try makan, aku rasa kalau korang yang just datang untuk makan pon boleh juga.
Kalau tempat korang tiada tempat macam ni boleh la pergi ke AEON ke atau mana-mana
tempat yang ada sediakan tempat permainan macam ni. Kalau dekat ipoh, AEON
station 18 ada sediakan tapi kalau dekat kawasan elit macam Kuala Lumpur tu aku
tahu la belambak tempat macam ni kan. Tapi amaran keras kepada ibu-ibu, mental dan fizikal anda kena kuat untuk
bawa anak anda balik kalau dia mengamuk-ngamuk tak nak keluar dari situ
hahahha. Tapi kalau anak anda baik je Alhamdulillah la.
0 comments: