Lawatan ke MIMOS Berhad

By | 9:10 AM 1 comment


Pada 30hb april 2014 lepas, aku and budak-budak kelas pergi buat lawatan ke MIMOS Sdn Bhd untuk subjek HCI ( Human Computer Interaction ).Tujuan kami datang ke mimos adalah kerana ingin melawat usability lab dalam mimos tu. So korang tau tak apa itu usability lab ? Ianya merupakan satu lab yang telah disediakan komputer so that kalau sesiapa yang nak buat satu system tu dan ingin mengambil test kepada user yang bakal gunakan produk dorang tu dorang akan lakukan test dulu untuk dapat tahu samada user yang guna tu suka tak dengan produk kita or ada apa-apa masalah tak dalam system tu yang kita boleh perbaiki tapi dia more kepada teknologi la bukan produk kecantikan.

Area wireless communication
Ini adalah area wireless communication tapi aku pun tak tahu apa fungsi benda ni dan macam mana nak gunakan sebab pekerja dekat situ tak terangkan apa-apa pasal area ni. Kami datang just duduk lepak sini jela sambil ambil gambar dan tengok gambar-gambar yang ada dekat situ.
Bila datang sini aku dah terbayang dah yang dalam MIMOS ni nanti banyak lab yang kita boleh lawat sebab lawatan ni daripada pukul 1 petang sampai 5 petang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset, satu je lab kitorang lawat. Tapi takpela dapat jugak sikit pengalaman. Time dalam lab tu dia bagi test main game angry bird, so kita akan main macam biasa and dia rakamkan apa yang kita buat time main game tu melalui eye tracker yang lebih kurang macam rupa bentuk webcam. Eye tracker tu akan detect gerak mata dan fokus kita kemana  masa main game.
 
Sumber google
 Kalau kita tengok yang dekat dalam bilik  yang ada perempuan tu adalah user yang akan test sistem kita dan yang dekat bilik luar ni adalah developer atau pun stakeholder yang akan menilai kita. Oleh kerana usability lab ni agak sempit dan terhad so masuk pun group by group dalam 15 orang satu sesi. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain masuk lab, kami pergi makan dulu dekat kafe mimos ni. Masuk je kafe memang rasa impress la sebab kafe dia kemas, cantik dan pemandangan yang cantik sebab mengadap pokok-pokok.


Aku tak makan pon sebab dah kenyang  just teman kawan-kawan yang lapar je. Tapi duduk situ memang tenang , untunglah siapa yang kerja dekat MMOS ni. Kalau kafe dekat pejabat facebook, twitter atau google macam mana pulak ye, mesti lagi gempak.


Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. gini rupanya mimos.. agak hampa sikit nengok sbb sempit. kbai.

    ReplyDelete

Click me