wajib tengok cerita megamind

By | 10:38 AM 10 comments
Pelakon popular sumbang suara filem keluaran Dreamworks 

Filem: Megamind
Genre: Animasi, 3D Pengarah: Tom McGrath Pelakon (suara): Will Ferrell, Tina Fey, Jonah Hill, David Cross, Justin Long, Brad Pitt



Tayangan: Mulai 4 November 



DARIPADA studio yang membawakan filem menghiburkan seperti Shrek, Madagascar dan Kung Fu Panda, kini sebuah lagi animasi hebat diberi judul Megamind muncul di pawagam yang pasti menggeletek peminat. 


Kesinambungan karya hiburan yang sarat dengan daya kreativiti, cerita menarik serta aksi yang melangkaui imaginasi daripada DreamWorks Animation diteruskan dengan hasil tangan Tom McGrath ini. Menggunakan bakat suara nama besar dalam industri perfileman Hollywood, Megamind hadir seperti pakej lengkap untuk mencipta kejayaan seterusnya buat studio terbabit. 



Satu perkara mengenai animasi dari pusat perfileman dunia itu, walaupun matlamat asalnya untuk menghibur, namun kekuatan cerita sedikit pun tidak dipandang remeh. Dua penulisnya, Alan J Schoolcraft dan Brent Simons menyediakan sebuah cerita yang kuat, seiring kehebatan grafik 3D filem ini sendiri. 

Kisah berkisar kepada penjahat yang menggunakan nama Megamind, yang berusaha untuk menjajah Metro City sejak sekian lama. Namun usahanya sentiasa gagal dek kewujudan wira bernama Metro Man. Bagaimanapun, selepas lama berusaha, akhirnya rancangan memusnahkan wira terbabit berjaya dilaksana. 



Begitupun, selepas ketiadaan Metro Man, Megamind mula berasakan kehidupannya tidak bermakna. Jika selama ini segala usahanya sering dipatahkan wira terbabit, kini dia berasa seperti tiada lagi cabaran perlu dihadapi. Justeru, dia mencipta seorang wira baru, Tighten, untuk meneruskan tradisi perlawanan antara kebaikan dan kejahatan. 



Masalahnya, wira yang diciptanya tidak bertindak seperti yang diharapkan. Sebaliknya lelaki itu turut bertindak jahat, membuatkan Megamind mula berbelah bagi. Apakah kini dia sendiri harus menukar posisi, mempertahankan Metro City daripada kezaliman? 



Watak Megamind di tangan Will Ferrell sememangnya menjadi. Cukup kuat elemen lawak dalam nada kejahatan watak ini. Tidak hairanlah, sebab pelakon lelaki itu antara pelawak paling digemari dalam industri perfileman Hollywood ketika ini. 



Watak itu sendiri begitu berwarna-warni. Lupakan warna kulitnya yang biru itu, tetapi lihat kepada perubahan perwatakan yang ditonjolkan sepanjang filem berputar. Penonton dapat mengesan perubahan yang berlaku, bukan saja pada sikap protagonis ini, malah pada diri mereka sendiri. Daripada membenci, akhirnya kita akan mula menyukai, seterusnya mengasihani Megamind, dek perubahan yang ditonjolkan tadi. 



Pokok pangkalnya, filem ini mengajak penonton menilai pilihan yang kita semua miliki dalam kehidupan. Pilihan itu jugalah yang dilakukan Megamind dan Metro City, yang menggerakkan filem animasi menghiburkan ini. Seorang memilih untuk menjadi penjahat, manakala seorang lagi penyelamat. Bagaimanapun pada akhirnya, pilihan masih terbuka untuk mereka memperbetulkan keadaan, berpandukan segala pengajaran yang dipungut selama ini. 



Sesuai ditonton oleh semua peringkat golongan, Megamind pastinya menjanjikan hiburan kelas pertama untuk penggemar filem. 



mira : aku dah cakap cerita ni best sebab aku  
          dah tengok semalam siap buat review    
          lagi pasal cerita ni...jom tengok 
          cerita megamind terbaik dari ladang !
Newer Post Older Post Home

10 comments:

Click me