cerita megamind terbaik dari ladang !

By | 11:49 PM 2 comments
baru je sampai rumah ni setelah dari tengahari tadi keluar dengan kakak-kakak aku yang tersayang serta abang ipar..ni kira kali kedua la aku dapat keluar dengan ahli keluarga aku yang baru..hari tu keluar dengan mak dengan ayah dengan abang ipar and kakak sekali pergi makan-makan..hoho..

kononnye kakak aku yang baru kahwin ni rindu la nak shopping dengan adik-adik dia ni sampai meluahkan perasaan dekat wall post aku..haha..so hari ni ktorg pon plan nak keluar tengok wayang hari ni yang merupakan hari deepavali so cuti umum la kan..mak aiii sampai-sampai je jusco dah la parking penuh pastu nak beli tiket wayang pon semua cerita full..masa 2 baru pukul 3.30 kot..memang plan nak tengok cerita megamind, so ktorg pon pilih la pukul 6.45 petang punya tiket..

lepak-lepak,minum-minum,sembang-sembang, hu haa sini hu haa sana..hahah..hoohooo...dah pukul 6.30 petang..so ktorg pon pergi la siap sedia nak solat maghrib pe semua sebelum tengok wayang tuu..maka masok pon adalah lambat dalam 25 minit..hoho..terbaik

mula-mula agak bosan jugak la dengan cerita megamind ni sebab aku nak tengok cerita hisss, tapi takde plak dah kat cinema ipoh ni..pelaq sungguh...haishhh...tengok jela megamind tuhh..hmm first sekali boring gak wei pe jadahnye makhluk biru macam sotong ni tapi bila dah tengok lama-lama..wowww..memang best sampai aku tak senang duduk sebab asyik dok gelak-gelak dengan lawak megamind ni..hehe..suka la cerita ini..

ok aku bagi review sikit mengenai cerita megamind ni...megamind ni mula-mula dia seorang yang jahat yang nak memusnahkan metro man dan menguasai metro city..pastu bila dia dah musnahkan metro man ni dia pon menyesal dan nak jadi baik kononnye la kan...megamind ni minat kat sorang perempuan yang bernama Roxanne Ritchi...dia pon berusaha la nak memikat roxanne ni dengan pelbagai cara..oleh kerana sifat kejahatan dia yang tak pernah padam dia telah mencipta Titan sebagai pengganti metro man tetapi Titan ni dicipta hanyalah muslihat megamind semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat metro city yang dorang dah ada hero baru..dan selanjutnya korang pergi la tengok sendiri..hehe..best wei..memang tak rugi la korang pergi tengok cerita ni..kalo tak caya pergi la tengok preview or trailer cerita ni dekat youtube 

ini antara watak-watak yang ada dalam cerita megamind ini..aku tengok megamind yang biasa je bukan yang megamind 3D tuu..tapi gempak gak tengok yang biasa macam real je bunyi dia lawan-lawan..aku memang bagi 5 bintang la kat cerita ni..tak caya korang pergi tengok..lawak kot..

megamind

megamind

minion megamind

roxanne ritchi megamind
metro man megamind
titan megamind



lagu-lagu dalam Megamind



Megamind (Music From The Motion Picture)
Various Artists and Original Music by Hans Zimmer and Lorne Balfe



1 : Giant Blue Head - Hans Zimmer and Lorne Balfe 00:00 - 00:30
2 :Tightenville - Hans Zimmer and Lorne Balfe 00:30 -01:00
3 : Bad To The Bone -- George Thorogood & The Destroyers 01:00 -01:30
4 :Stars and Tights - Hans Zimmer and Lorne Balfe 01:30 -02:00
5 : Crab Nuggets - Hans Zimmer and Lorne Balfe 02:00 -02:30
6 : A Little Less Conversation (Junkie XL Remix) -- Elvis Presley 02:30 -03:00
7: Mel-On-Cholly - Hans Zimmer and Lorne Balfe 03:00 -03:30
8 : Ollo - Hans Zimmer and Lorne Balfe 03:30 -04:00
9 : Roxanne (Love Theme) - Hans Zimmer and Lorne Balfe 04:00 -04:30
10 : Alone Again Naturally -Gilbert O'Sullivan 04:30 -05:00
11: Drama Queen - Hans Zimmer and Lorne Balfe 05:00 -05:30
12 : Rejection In the Rain - Hans Zimmer and Lorne Balfe 05:30 -06:00
13: Lovin' You - Minnie Riperton 06:00 -06:30
14 : Black Mamba - Hans Zimmer and Lorne Balfe 06:30 -07:00
15 : Game Over - Hans Zimmer and Lorne Balfe 07:00 -07:30
16 : I'm The Bad Guy - Hans Zimmer and Lorne Balfe 07:30 -08:00
17: Evil Lair - Hans Zimmer and Lorne Balfe 08:00 -08:30


Newer Post Older Post Home

2 comments:

Click me