Kehilangan adik Sathiskumar A/L Tamilvanan

By | 6:30 AM 2 comments



ADIK SATHISKUMAR HILANG!



Adik Sathiskumar a/l Tamilvanan, 5 tahun didapati hilang di kawasan Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 2.00 petang 8 Ogos 2012. Beliau berketinggian lebih kurang 70cm dan berat 15kg.

Adik Sathiskumar kali terakhir dilihat, memakai seluar pendek berwarna hijau, t-shirt bertopi warna kuning dengan corak spiderman, berkasut dengan lengkap berstokin.

Jika anda pernah terlihat adik ini, sila hubungi: 
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Seberang perai Tengah di talian 04-538 2222 atau 
INSP Mohamad Ehsan Bin Abu Bakar di talian 012-2494002.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita mencari dan mendoakan semoga adik ini dijumpai segera dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.



Newer Post Older Post Home

2 comments:

Click me