Best sangat ke pakai tudung nampak buah dada ?

By | 10:52 PM 3 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang ini aku tengok banyak dah hamba-hamba Allah yang sudah berubah ke jalan kebaikan setelah diberi hidayah dari Allah SWT. Sebenarnya kita ini sebagai manusia sudah boleh nampak hidayah itu, tapi diri kita sendiri yang tak boleh nak terima kenyataan lagi. Ramai yang menganggap diri masih muda, buat apa nak berubah kan, banyak lagi masa..nanti dah tua aku taubat la tutup aurat semua..

Ya Allah....betapa hinanya kita disisi Allah kerana beranggapan sedemikian. Rata-rata daripada kita akan memandang serong kepada orang yang beriman dengan mengatakan dia kolot, berlagak macam ustaz atau ustazah dan sebagainya. Bila seseorang itu sudah mula berubah melalui pakaiannya, mula la ada suara-suara sumbang yang akan berkata, sejak bila kau berubah jadi ustaz / ustazah ni ? Tudung labuh bagai, berkopiah sana sini...Perangai pon dah berubah, lagi la banyak mulut yang mengata kan... 




Kita tak nilai ke diri kita yang rendah iman ini ? Padahal orang yang dah mendapat hidayah tu dah tentu-tentu tinggi nilai imannya disisi Allah kerana dia dah berubah dan mengikut perintah Allah, yang kita ni dok mengutuk-mengutuk dia kenapa ? Tak baik tau wahai kawan-kawan ku sekalian, dosa kita mengutuk dia, lepas tu bertambah lagi dosa kita jika kawan kita tu kecik hati dengan sindiran kita. Sebenarnya banyak dah aku jumpa situasi macam ni kat sekeliling aku, yang sindir tu tak kurang hebat juga perangai dan pakaiannya. Wajarkah seseorang wanita yang bertudung labuh disindir kerana menutup aurat oleh seorang wanita yang hanya mengenakan selendang, itu pun selendang hanya menutup bahagian rambut, leher dan buah dada sudah jelas dengan mata kasar...kalau gunung tu saiz s takpe lagi ini...hmm faham-faham sendiri la....


macam ini lebih bagus kan




Kita pon kan dah dewasa, dah tau mana yang buruk mana yang baik perlu kita ikut. Kalau nak berpakaian yang ikut trend sangat sampai sanggup beli majalah hijabista sebab nak tiru gaya lilit-lilit pusing 360 darjah deme tu boleh, tapi biarlah berfesyen tapi still menutup aurat dengan sempurna. Tutup mana yang perlu ditutup, ni tak pakai tudung tapi buah dada pon nak tunjuk jugak dekat orang. Best sangat ke tunjuk ? Baik tak payah pakai tudung kan. Kalau boleh beli la tudung yang saiz besar sikit kalau aset kawan-kawan ni besar sangat ke kan. Seluar pon jangan la ketat sangat sampai nampak sebijik-sebijik lemak kita, legging pon tolong jangan pakai ye kawan-kawan..pakai legging sama jugak macam tak pakai seluar. Sebenarnya banyak lagi pasal aurat ni kalau nak dibincangkan tapi apakan daya, aku bukanlah seorang yang bertauliah nak menyentuh bab-bab ini, kita dah besar tentu tahu cara-cara menutup aurat dengan betul kan..Sempena bulan Ramadhan tak lama sahaja lagi apa kita buat satu perubahan ?




Bukan tujuan nak kutuk ataupun kenakan mana-mana pihak, sebenarnya niat aku just nak sedarkan orang-orang macam ni..terutamanya masyarakat kita sendiri..kenapa mesti nak merendahkan perubahan orang ? Diri kita ni yang sepatutnya berubah dan sedar akan hakikat yang sebenar. Hidayah tu sebenarnya bukan untuk ditunggu tetapi kita sendiri yang perlu mencarinya. Orang yang bukan Islam pon boleh masuk Islam kerana tertarik dengan agama kita, apatah lagi kita yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam patut sedar. Islam bukan sekadar dalam IC sahaja ye..



Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. yes btol..pakai tudung tu wajib..kalau nak berfesyen pun jangan sampai tak tutup aurat :)

    ReplyDelete
  2. setuju....kesian kat kaum lelaki


    Entri Terbaru Kazen >>> Selamat Hari Pekerja

    ReplyDelete
  3. This is new information for me.TQ very much.Keep it up!!!

    sup3rc0w

    ReplyDelete

Click me