assalamualaikum
ahad lepas selepas selesai semua minggu orientasi aku dengan member-member pon bercadang jalan-jalan dekat The Mines sebabnya ktorang boring sangat duduk je dalam bilik. lagipun kalau keluar boleh la belajar macam mana nak naik bas kat dalam UPM ni sebelum start kelas and belajar naik bas nak balik pergi ke KTM Serdang nanti.
so lama jugak la tunggu bas UPM yang nak keluar ke The Mines ni dalam sejam jugak la perjalanan dari kolej 12 ke fakulti bahasa lepas tu tunggu bas nak ke The Mines lagi. last-last bas UPM tak muncul-muncul jugak ktorang decide naik je bas Rapid KL sebab dah lambat sangat dah. kena la cas RM1.
first time jejak kaki ke the mines, mesti la kena ambil gambar dulu sebelum masuk. hehe. ingatkan besar tapi takdelah besar sangat lebih kurang macam dekat Ipoh Parade. tapi dekat level bawah memang banyak sangat kedai makan, pilih je nak makan kat mana sambil melihat keindahan tasik dalam the mines tu. serius best dalam shoping kompleks ada tasik lagi and boleh naik bot. feeling ala-ala dekat Italy gituww.
jalan-jalan punya jalan keliling the mines ni, tibalah destinasi terakhir iaitu tingkat atas sekali. apa yang special sangat dengan tingkat atas sekali ni ? kat sini ada banyak sangat kedai komputer, korang boleh pilih nak masuk kedai mana lepastu kedai handpone pon banyak sangat. asyik kena panggil je amoi amoi mau beli handset ka ? cali apa brand ? hahaha.
tengah bersuka ria gelak ketawa riang gembira dengan kawan-kawan tiba-tiba nampak satu gadis yang cantik ayu persis bidadari lalu kat sebelah aku. hmm siapa eh ? macam pernah nampak je tapi kat mana ??? ohh im lost. baru teringat yang lalu sebelah aku tu blogger famous cik Fatin Liyana Asri woi ataupun nama glamour FL. macam mimpi plak kan dapat jumpa fatin liyana, dah la first time sampai the mines jumpa plak dengan famous blogger. masa lalu kat sebelah tu dia tak pandang aku, tapi lelaki yang jalan dengan dia tu pandang aku maybe masa tu muka aku terkejut sangat kot tengok fatin liyana. rasa nak tampar-tampar je muka betul ke dia???
masa pertama kali jumpa tu takde kesempatan nak panggil and ambil gambar sebabnya aku dahlaa terkejut lepastu segan plak nak tegur dia yang cantik molek tinggi berganda dari aku yang kecik ni. last-last second round pusing tingkat atas ternampak lagi fatin liyana dengan seorang jejaka tengah berhenti kat mesin ATM Maybank. so tanpa ragu-ragu lagi aku pergi depan-depan dia and tanya,
aku : ini kak fatin liyana asri kan ?
FL : ha ah. hehehe.
aku : arghhh nak ambil gambar boleh tak ?
FL : eh boleh-boleh.
aku : err (neves gila time ni dia pelok aku ) SNAP !
FL : eh nak buat macam mana ni, ke nak rendahkan sikit badan ? hehe
aku : hehe. sori la hp kamera tak cantik.
FL : eh takpela ok la tuu. :) SNAP !
FL : student ke ?
aku : ha ah, student UPM.
FL : umur berapa ?
aku : 21. hehe
FL : ohh. hehe
aku : minat la dengan akak.
FL : yeke. hehe.
aku: kakak cantik laaa !
FL : eh takdelaa. hehehehe :) ( senyum dengan lebarnya, cantik sangat nampak braces dia )
aku : ok laa. hehe ( salam dia ) bye2.
FL. bye2
seee. ringkas dan padat. memang tak tau nak cakap apa sebab aku nerves gila. selalu tengok dia dalam tv and baca blog dia je kan. sekali jumpa depan-depan gugup terusss. tak dinafikan dia memang cantik dan comel sangat ala-ala artis korean gituww. memang best la dapat jumpa fatin liyana, cantik, comel and lemah lembut je orangnya. tapi menjadi tanda tanya siapa jejaka kat sebelah dia tu ? boyfriend ke kawan ke sepupu ke ? hehe. tapi kalau teman istimewa dia ok la kan, semoga berbahagia dan cepat-cepat kahwin tau.
gambar mula-mula tangkap nampak blur sikit tapi ternampak la jugak gambar jejaka yang jalan dengan fatin liyana asri ni walaupun nampak sebelah je. hehe.
betul ke dalam gambar ni fatin liyana asri punya teman lelaki ( boyfriend ) ? kalau betul dah ada lelaki-lelaki kat luar sana melepas la nak tackle cik FL yang cute lagi manis ni . hehe. jangan jelezzz tau !
besnye..
ReplyDeleteuntung laaaaa. ;p
ReplyDeletesama2 comel lah..hehe
ReplyDeletesaya pon suka jgk baca blog FL ni :)
ReplyDeleteBestnyewwwww....Jelez akak...heheheeee
ReplyDelete