Pengalaman di UPM

By | 8:54 AM 7 comments

Sedar tak sedar dah dua tahun aku belajar dekat UPM. Banyak sangat pengalaman aku dapat dan jumpa bermacam-macam orang. Daripada gigi aku bengkak-bengkok sampai lah dah straight pon masih tak habis belajar lagi hahaha. Al-kisahnya aku ada dua tahun lagi untuk menghabiskan degree dalam sains computer, kejuruteraan perisian ( software engineering ). Aku ingat lagi dulu memula masuk sini sampai menangis aku sebab kena tinggal dengan family lepastu menangis lagi sebab nak berhenti belajar sebab takut tak leh catch up tapi Alhamdulillah lama-lama aku dah boleh atasi semua ni and boleh berdikari.


Siapa kenal tempat ni ?


Bila berkawan, kita berkawan. Bila tang kena buat assignment mula dah jadi minggu gaduh . Bukan apa bila time minggu ni la belang semua kawan-kawan kita akan keluar. Ada yang terasa hati, ada yang tak buat kerja and macam-macam lagi la halnye tapi takpe dah lama-lama kita boleh hadapi. Sebenarnya kita sendiri yang kena kuatkan hati dan tabah hadapi semua ni kalau tak macam mana kita nak move on kan ? so let it go, let it go ( nyanyi sikit sambil buat assignment ) dan teruskan kehidupan. Bagi aku sesiapa yang tak nak buat kerja tu biarkan aje dia sebabnya dia sendiri tiada effort nak usaha dan harapkan usaha dari orang lain sampai bila nak maju and yang penting kita yang dapat lebih banyak ilmu dari dia.


So aku rasa disebabkan kos aku ada term ‘ engineering ‘ dekat situ yang membuatkan aku pon bagai nak gila belajar macam engineer hahaha. Aku rasa aku free bila dua minggu pertama masuk semester je lepastu kau jangan harap ada masa free lagi sebab dah mula busy dengan assignment yang ada je tiap minggu dengan test lagi nak baca.  Yang paling taf adalah semester ni aku ambil calculus wei !!! Aduh aku tak tau la macam mana dah la basic math aku memang lemah and aku tak nak pointer aku jatuh disebabkan satu subjek ni !!! oh mai gadddd please help me. Tak sabar nak habiskan semester ni and cuti panjang 3 bulan boleh restkan otak yang tak berhenti berfikir ni. Aku rasa aku akan pakai braces sampai konvo ni, nanti boleh la senyum-senyum yang bersilau dalam gambar konvo. Eh tiba-tiba. 
Newer Post Older Post Home

7 comments:

  1. budak engineering. perghh sangat tough ! :D well done... kini da nak konvo congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan engineering, awak silap baca ni. software engineering :)

      Delete
  2. assalamualaikum kak mira. saya nabihah turut pelajar asasi di upm. saya ingin mengambil kos software engineering namun masih kurang pasti dengan pilihan saya. boleh kak ceritakan subjek yg sudah kak pelajari dan adakah terlalu tough bagi saya yang tiada basic dlm programming? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg kite kos SE ni tough jugak , tapi tak tau la bagi awak macam mana. first year study awak kena mahir dalam buat coding and banyak pakai language java, so programming 1 and II mmg kene mahir, and subject seterusnya banyak teori

      Delete
  3. Assalamualaikum . saye dpt SE until sambung degree . so first year nak prepare ape je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. prepare fizikal and mental. hehe. dan perlu mahir buat coding especially java language.

      Delete
  4. Assalamualaikum . saye dpt SE until sambung degree . so first year nak prepare ape je ?

    ReplyDelete

Click me