The Mines cruise

By | 8:51 AM Leave a Comment

Its been a long time aku tak update blog ni. Yela wei assignment bertimbun kot dengan test lagi sampai aku tak cukup tidur hari-hari. Aku rasa hidup aku ni banyak dihabiskan dekat kafe je dari dalam bilik sendiri. Jangan ingat aku makan pulak tapi sebab dekat kafe ada wifi maxis yang laju so situ jela senang buat kerja muahahahaha. Nak harap wifi uspot UPM tu memang siput la kan. Apsal la aku tengok budak-budak kos lain macam relaks je tiada kerja, bebudak sains komputer ni yang busy bebeno katenye.

So kalau dah ada time free sikit baru la sabtu ahad tu untuk release tension kejap ( kejap je pon ) pergi la mines sebab situ jela shopping mall yang paling dekat dengan UPM. Apa yang bestnya the mines ni adalah dia ada tasik dekat tengah-tengah tu and kita boleh naik bot ataupun cruise tapi yang lain tu macam biasa jela ada tempat shopping, kedai makan, wayang, bowling, karaoke lepastu banyak tempat jual gadjet-gadjet dekat tingkat paling atas dan dekat the mines jugak la aku jumpa blogger cantik lagi comel, fatin liyana asri ! woot woot nak bagitau jugakkk.

Sebelum ni aku ingatkan nak naik bot tu mahal sebab aku tengok macam mewah je benda tu tapi rupanya sangkaanku meleset. Harga bagi satu hala RM2 je ! kalau satu hala ni dia akan hantar kita ke KTM serdang tu tapi bukan hantar depan-depan tapi hantar sampai jambatan tu jela. so kalau kita naik lepas tu nak patah balik ke The Mines jadi RM4.




                           Ok this is my first experience naik mines cruise, Nampak tak muka excited dekat situ ?






Dalam masa perjalanan dekat tasik ni kita boleh tengok pemandangan indah dekat sini lepastu boleh Nampak itik-itik ke angsa ntah la berenang-renang comel sangat tau. Kalau korang datang the mines jangan lupa mencuba menaiki bot ni tau, tak rock la kalau jalan-jalan je. Hahahaha.



Tiba-tiba aku baru perasan yang sem 4 ni aku dah kurang nak shopping-shopping dah mungkinkah sebab aku nak menjimatkan duit untuk kahwin ? hihihi. Kalaulah kahwin tu macam beli barang dekat kedai kan senang ! Lari topik dah kenapa. Hahaha




Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me