spm 2010 ditunda?

By | 9:49 PM 1 comment

hari ini aku dapat tahu daripada berita yang di katakan banyak pihak meminta kerajaan supaya menunda tarikh peperiksaan SPM ekoran daripada keadaan banjir yang melanda kawasan utara dan pantai timur semenanjung Malaysia dan dikhuatiri boleh menjejaskan persediaan calon-calon yang menghadapi banjir.


Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 November ini.


" Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM "

 


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, bersetuju supaya SPM ditunda kerana banjir menyukarkan calon peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran, terutama jika terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara banjir. Katanya, kerajaan juga perlu memberi bantuan kepada calon terbabit untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sekeluarga terjamin. 


Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berharap Jabatan Pendidikan Negeri di negeri yang dilanda banjir, memberi laporan lengkap kepada kementerian dan pihak berkuasa berhubung situasi sebenar yang dihadapi calon SPM. 


"Ini adalah soal kebajikan. Sebagai seorang yang pernah mengambil SPM, saya tahu bagaimana keadaannya kalau tidak mempunyai ruang dan situasi yang kondusif untuk belajar sebab SPM ini 'berat'. Jadi saya harap jika banjir terus berterusan, tunda dahulu SPM sehingga keadaan pulih," katanya. 

 

 
Ekoran daripada banyak pihak yang mengadu mengenai hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Muhd Dom berkata Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dan Pihak Kementerian tidak akan menunda tarikh peperiksaan SPM tetapi dengan mengambil inisiatif dengan memindahkan calon-calon SPM mangsa banjir ke sekolah lain bagi mereka menghadapi peperiksaan SPM.

 


 

Aku juga sebagai seorang pelajar yang pernah mengambil SPM ni aku rasa elok lah kalau pihak kementerian ni menunda peperiksaan SPM ni sebabnya SPM merupakan peperiksaan yang terpenting dalam hidup seseorang itu untuk meneruskan pembelajaran akan datang. Bagilah peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar ni untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Tengok sajalah keadaan banjir yang melanda sekarang ini dikhabarkan merupakan banjir terburuk yang pernah terjadi di Malaysia ini. Mungkin disebabkan keadaan banjir ini, buku-buku dan nota mereka hilang dihanyut air ataupun sudah basah dan tidak boleh dibaca lagi. Diharapkan pihak Kementerian Pelajaran dan Pihak Kerajaan Prihatin dengan keadaan yang menimpa mereka.

 


 


 


 

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. mira : walau apepun, kementerian takkan tundakan lagi. sy kan form6, dan akan exam same mcm spm 23 hb ni. cikgu sy ckp takkan ditunda walaupun banjir.. tuh laa, kalau ditunda lgi bagus la. pelajar2 blh study lebih sikit kan.

    lastly, doakan sy berjaye erk. tq ;)

    ReplyDelete

Click me