review hantu bonceng atau raya tak jadi, mana satu best?

By | 9:53 PM 3 comments
Assalamualaikum,

Alhamdullilah hari ni merupakan hari kedua kita menyambut hari raya Aidilfitri dan merupakan hari kebangsaan untuk negara kita kali ke 54. Masih bernafas lagi kita kan kat dunia ni,syukur laa..untungla siapa-siapa kat luar sana yang masih duduk kat kampung tengah huha huha sana sini dengan sedara mara,aku kat sini duduk rumah je tak pergi mana-mana..Bosan sungguh raya kali ni  =,=

mentang-mentang la raya ni dapat duit raya berkepuk-kepuk dah aihh tak tau nak letak mana dah, banyak pulak cerita-cerita best kat wayang kan.....saja la tuh nak suruh kita semua pergi tengok kan menghabiskan duit pergi tengok wayang..tapi bagi yang tak tahu nak pilih tengok cerita mana, meh tengok sini antara review cerita yang best-best, mana tahu kot-kot korang ada idea ke yang mana menjadi pilihan hati..haha
aku rasa macam dua-dua best je, haha ntah laa..kita tengok dulu kan baru tahu mana yang best..dua cerita ni  nampak best sebab cerita komedi kan dengan penampilan zizan and cerita raya tak jadi pulak gandingan saiful apek dan johan memang gempak la, terbahak le gelak nanti sampai terkeluar pop corn....jom kita tengok review filem hantu bonceng dengan raya tak jadi





          Sinopsis / Review Filem Hantu Bonceng:- 

   
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.












           Sinopsis / Review Filem Raya Tak jadi

Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).  

Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan.










Newer Post Older Post Home

3 comments:

Click me