gambar Fasha Sandha bertunang? serius cantik

By | 11:39 PM Leave a Comment

gambar fasha sandha bertunang / kahwin


FASHA SANDHA TUNANG ?






Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon popular, Fasha Sandha telah bernikah secara senyap di Thailand. Walau bagaimanapun, Fasha telah tampil menafikan perkara tersebut. Belum pun reda kontroversi kononnya Fasha akan melangsungkan perkahwinan dengan Jejai di Jakarta, Indonesia, Mac ini, industri hiburan tempatan digemparkan pula dengan berita kononnya pelakon drama Cinta Elysa ini telah bertunang.


“Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha, ‘Penanggal’. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun, konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar,” ujar Fasha ketika ditemui di lokasi penggambaran ‘Penanggal’, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi. “Watak ini sangat berat dan susah kerana Fasha perlu bercakap dalam Bahasa Arab. Bukan senang tapi Alhamdulillah, sebelum mula penggambaran, kami dah ada kelas selama sebulan. Ini merupakan filem ketiga Fasha dengan Tayangan Unggul manakala dengan Grand Brilliance, Fasha dah biasa sangat bekerja dalam drama dan juga filem.”


Selain Fasha, filem ‘Penanggal’ turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Jeff Omar, Fauziah Nawi, Yus Waisar, Nadia Mustafar, Josiah Padilla Hogan, Anne Abdullah dan ramai lagi. Menariknya, filem seram ini turut menampilkan Datuk Sharifah Aini sebagai Sharifah Aminah iaitu bakal ibu mertua Sharifah Zahrah. SUMBER : GUA.COM.MY



gambar fasha sandha bertunang / kahwin

gambar fasha sandha bertunang / kahwin

                   sekitar pengambaran filem "Penanggal" daripada fanpage Fasha Sandha


filem penanggal


filem penanggal
filem penanggal

filem penanggal
filem penanggal




Jangan lupa tengok cerita ni nanti sebab nampak macam best kan, tapi aku takkan tengok punya la sebab aku ni penakut tengok cerita hantu...hahahhaha.......

Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me