Diana Amir tak cukur kening dah ? Gambar sebelum dan selepas

By | 1:26 PM 1 comment



Sebelum ni memang serius tak minat dengan Diana Amir ni tapi selepas dia berhijab memang aku serius minat dia..hehe..sekarang kan banyak artis dah bertudung contohnya Diana Amir, Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Abby Abadi, Farah Asyikin dan banyak lagi kan. Ini juga salah satu contoh yang baik untuk peminat-peminat mereka follow artis yang mereka minat ni.

Tapi hatiku lebih tertarik dengan Diana Amir sebab suka akan penampilan dia yang menutup seluruh auratnya dan penampilan simple dan menarik. Memang aku selalu follow dia di Facebook mahupun Twitter. Masa mula-mula Diana Amir ni bertudung takde la sesempurna mana kan, yela masa tu dia baru lagi berhijab, tapi lama-kelamaan aku tengok dia dah semakin tahu macam mana nak menggayakan pakaian yang lebih menutup aurat. Di antaranya aku lihat dia dah tak cukur kening nipis macam dulu dah bila aku tengok gambar-gambar terbaru Diana Amir dan bandingkan dengan gambar Diana Amir yang dulu. Alhamdulillah . Semakin hari semakin berusaha untuk melakukan yang terbaik. Artis macam ni la yang boleh menjadi contoh kepada remaja perempuan kat luar sana.


diana amir bertudung

diana amir bertudung

Dekat atas ni merupakan gambar terbaru Diana Amir semasa majlis bacaan Yassin untuk arwah Bob Kuman.

Dan kat bawah ini gambar Diana Amir masa mula-mula dia berhijab. Bezakan ?



diana amir bertudung

Tak sabar nak tunggu tutorial cara Diana Amir bertudung dan tutorial dari Radiusite untuk Shawl Shasmeen, shawl yang Diana Amir pakai untuk cerita Mungkir Bahagia di TV9 hari tu..boleh siapa-siapa buat tutorial tu dekat Youtube tak ? hehe 


Newer Post Older Post Home

1 comment:

Click me