Para doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang terdapat di dalam paru-paru budak lelaki berusia 12 tahun di India. Para doktor terus menjalankan operasi pembedahan.
Budak lelaki yang bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai ketika sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah budak India itu semakin menurun.
Menurut salah satu media India, kebanyakan budak di negara tersebut gemar menelan ikan hidup-hidup saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil dianggap cukup pelik, kerana ikan yang ditelannya masuk ke dalam paru-paru.
"Ikan ini hidup, namun akhirnya mati ketika pembedahan selesai dilakukan. Ikan itu mengganggu fungsi paru-paru dan menyebabkan kurangnya aliran oksigen," ujar Dr Pramod Jhawar. Doktor pakar itu berjaya mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Dr Jhawar mengatakan, ini merupakan kes pertama yang muncul sejak 20 tahun lalu.
0 comments: