wartawan tempatan mati ditembak di Mogadishu

By | 12:54 PM Leave a Comment
Seorang lagi wartawan tempatan ditembak mati di Mogadishu selepas kejadian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, MasyaAllah.






individu bersenjata tidak dikenali yang berpakaian seragam tentera kerajaan Somalia, menembak mati seorang wartawan stesen televisyen di ibu negara Somalia malam tadi, menurut agensi berita China, Xinhua. Pengarah stesen TV Horn, Hamdi Hussein Farah, berkata Abdisalan Sheikh Hassan atau lebih dikenali sebagai Hiis, ditembak di kepala di satu jalan yang sibuk."Kita tidak tahu siapa lelaki bersenjata itu tetapi beliau berpakaian seragam tentera kerajaan Somalia. Beliau meninggalkan tempat kejadian selepas menembak rakan sekerja kami di kepala," katanya kepada agensi berita Xinhua. Sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kerajaan Somalia tidak mahu mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan. - BERNAMA


Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me