resipi puding karamel, puding coklat, kek batik, moist chocolate cake

By | 6:04 PM 5 comments
assalamualaikum

tajuk tiba-tiba jadik sedap plak kan..haha..sebenarnya saje je buat tajuk ni sebabnya semua makanan kat atas tuh aku paling mengidam bila tibanya bulan puasa..sanggup simpan duit belanja sekolah and letak dalam tabung ayam pas2 pecah semua tabung sebab nak beli juadah semua tuh..haha..tipuu jee..pakai duit mak ayah aku laa bila g bazar..jom tengok 1st resipi favorite aku..



1st sekali resipi PUDING KARAMEL 



Bahan-bahan 

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.



  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.



  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.



  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.



  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit



  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.



  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.



  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
  9. makan jangan lupa baca doa & bismillah..hehe


tiba-tiba masa cari resipi ni terjumpa puding karamel tapi ada campur dengan lapisan coklat..huish..yang ni aku tengok tak dak owang juai lagi dipasaran..gaya tengok memang sedappp..jom kita cuba buat kat umah...


PUDING KARAMEL +++ COKLAT

 Puding Karamel Lapis Coklat
                       








Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
  • Bahan A
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
  • Bahan C
  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2. 
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan-kite kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  8. Potong dan hidangkan.

KEK BATIK








Bahan-Bahan:
2 paket biskut marie (patah-patahkan)
1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air
Cara:
patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian, didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.

setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.

akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat didalam loyang.

setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipo
tong dan di hidang.



MOIST CHOCOLATE KEK     


Bahan-bahan 

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.



  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.



  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.



  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati



  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.



  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.



  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.



  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.


hmm..aku yang copy resipi semua ni tiba-tiba rasa lapoo plak..huhu..sabar2..lagi 2jam lebih je nak berbuka ni..haa..jap g nak test lagi la kek iqa bagi tuh sebab aku dah masok dalam peti ais pagi tadi..elok ke x lagi tak tahu la..huhu (-__-)



Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. wahhh!!!
    puding caramelll!!!
    kek batikkkk!!

    ReplyDelete
  2. yang chocolate moist tu heat dia brapa?

    ReplyDelete
  3. yunk...i nk moist choc tu..plz watkan..
    hehehe...
    ;]

    ReplyDelete
  4. syg : gedik je..hehe..nanti kte watkan ye..pas2 home delivery lagi..love youu alwayss

    ReplyDelete
  5. sedapnya!! nasib skang bukan di bolan pose.. hmm.. nak!! thanks share this

    ReplyDelete

Click me