indahnya perkahwinan Ustaz Don dan Husna mengikut syariat Islam

By | 11:13 AM 1 comment




Assalamualaikum

Telah berlangsungnya majlis resepsi Ustaz Don Daniyal dan juga pasangannya, Husna Zahry Rafie. Majlis perkahwinan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu telah berlangsung di Penang bagi belah pihak pegantin perempuan. Hampir 3000 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna.

Ustaz Don yang bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar masih lagi belum memikirkan lokasi berbulan madu mereka berdua selepas ini. Namun Ustaz Don berharap dengan perkahwinannya ini akan melengkapkan imannya dan keenam-enam rukunnya. Majlis perkahwinan bagi belah pihak perempuan sudahpun selesai, Kini tinggal Majlis perkahwinan bagi belah pihak lelaki pula yang dikatakan akan berlangsung pada 1 September ni di Kajang. 


Tapi apa yang aku nak kongsi dan share pada semua ialah bagaimana Ustaz Don dan Husna merancang majlis pernikahannya agar mengikut syariat Islam iaitu bersederhana dan tidak berlebihan. Semoga apa yang diaturkan Ustaz don dan pasangan menjadi inspirasi kepada bakal pengantin di luar sana. InsyaAllah. Di ambil dari status Nadia Zahari Photography iaitu photografer perkahwinan Ustaz Don.

Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.





2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyeru
pai makhluk.




3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.


4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.


7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.


8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.



Semoga perkahwinan Ustaz Don dan Husna berkekalan hingga akhir hayat. AMIN.


Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. Sebgai panduan utk kawinkn ank thun depan. Tq do much.

    ReplyDelete

Click me