Restoran Nasi lemak ayam kampung Ipoh, Perak

By | 5:07 PM 6 comments

Assalamualaikum

kalau korang orang ipoh mesti kenal kan Restoran Nasi lemak kampung ?  famous dah tempat makan ni kat Ipoh dah macam sama famous dengan Nasi Vanggey ! hehe. tapi aku je yang baru nak merasa makan kat sini. so haritu ayah aku cakap nak keluar makan, dia pon bawak la kami semua ke restoran nasi lemak ayam kampung ni. aku pernah dengar je tapi tak tahu dekat mana. restoran dekat pekan ipoh tu, kalau korang lalu dekat round about rumah MB ( Menteri Besar Perak ) lepas tu terus je sampai depan sikit dari sekolah cina tu, masuk kiri yang dekat dengan hotel bajet RM25 tu. haa dah dekat la tuu..


Restoran nasi lemak ayam kampung Ipoh
mula-mula tak tahu nak makan apa sebab tak tahu apa menu istimewa dekat sini, so kami pon decide nak makan nasi la kan dengan lauk-lauk semua, dah malam kan so memang lapar nasi jugak la. kita kan orang melayu sejati. haha. ayah aku pon order la menu-menu istimewa kat sini, ketam masak serbuk kari, ikan stim limau, ayam kampung goreng, dan lain-lain yang tak berapa istimewa iaitu kerabu mangga, kerabu udang, tomyam. tiba-tiba tengok dalam menu ada jugak dia sediakan makanan western, uhhh terliur aku tengok dah la lama tak makan chop-chop ni. haha. aku pon decide nak ambil lamb chop ohoiii demand sangat dah tu.

lamb chop

ikan stim limau

ketam masak serbuk kari

kerabu mangga

kerabu udang
 tapi yang paling famous dekat sini mestilah nasi lemak ayam kampung kan, tapi aku tak try lagi. mesti sedap punyalaaa...



walaupun restoran ni banyak gila orang, tapi services bagus and tak ambil masa yang lama tunggu makanan disebabkan banyak pekerja yang pantas buat kerja. haaa semua dah terhidang aku sorang je melantak lamb chop tiba-tiba malam tu hahaha. pelik gila ! tapi tamak punya pasal aku tak dapat habiskan lamb chop tuu. bukan disebabkan lamb chop tu tak sedap tapi aku  baru jumpa doktor gigi siang tu untuk ketatkan gigi aku, so aku rasa sakit balik dekat gigi and susah nak kunyah makanan liat-liat ni. lepastu makan la nasi pulak, ermmm lauk dia memang superb la aku bagi 10 bintang sebab sedapppp sangat rasa nak tambah lagi seperiuk nasi haha!


muka kenyang tapi lamb chop tak habis. hehehe


tak rugi la makan kat sini. aku cadangkan korang kalau nak keluar dengan family ke makan-makan pilih la restoran ni, sedap pon sedap tau. tak rugi bayar mahal pon janji kita kenyang kan. tapi hati-hati bila lalu ataupun nak bayar dekat kaunter tu sebab dorang letak belut dalam akuarium yang tak bertutup dekat depan kaunter. huhuhu. aku masa mula-mula masuk pon terkejut je tengok ada benda bergerak-gerak macam ular dalam akuarium tu. so kalau nak pergi sini boleh tengok alamat dekat bawah.


Nasi Lemak Ayam Kampung Sdn Bhd
No 43/45 Jalan Ali Pitchay
30030 Ipoh Perak
05 254 4318 / 016 545 9000
Waktu Operasi :4.00 Petang Hingga 2.00 Pagi
Newer Post Older Post Home

6 comments:

  1. Ohoo..blk kmpg nti kne trrjah ni..

    ReplyDelete
  2. Fuh... Meleleh tengok ni. Hari tu pergi Ipoh ada perasan restoran ni. Rugi tak singgah makan dekat sini.

    ReplyDelete
  3. wow.. menyelerakan oww gnmbr mknn uh.. tp jauhnye.. perak... uhuuhuuuu... :'(

    ReplyDelete
  4. esok nk p try makan...utk berbuka..heheh

    ReplyDelete
  5. esok nk p try makan...utk berbuka..heheh

    ReplyDelete
  6. mmg sdp pn kdai ni org pn rmai nk ddk pn xde tmpt

    ReplyDelete

Click me