durian crepe / durian pancakes Mid Valley dan The Mines

By | 1:02 PM 5 comments



assalamualaikum

apa itu durian crepe ? wei nama macam sedap je kan, rase macam rangup-rangup gitu. ada jugak orang panggil durian pancakes. kecoh dekat facebook orang dok cakap pasal durian crepe ni sampaikan aku dah jadi mengidam benda ni wei. kejam kejam. friends dekat facebook dok upload gambar dorang beli la, makan la durian crepe ni tapi masalahnya aku tak tahu dekat mana dorang beli. haha.

nasib baik ada encik google, aku pon apa lagi google la dekat mana ada jual durian crepe yang terdekat dengan aku sekarang ni memandangkan aku belajar dekat UPM. so banyak yang cakap durian crepe banyak jual dekat Mid Valley. ada satu nama kedai ni Sumptuous Dessert yang terletak di LG Floor berdekatan dengan big Apple rasanya. aku pon lepas habis kelas terus tergesa-gesa pergi Mid Valley sebab mengidam punya pasal.


Sumptuous Desserts
 malangnya kedai ni dah habis stok sebab aku tengok yang display dekat situ hanyalah roti-roti dan kek biasa je. huhu. sedih gila. aku pon pergi la kedai kedua yang ada jual durian crepe ni ataupun kat kedai ni dia tulis durian pancakes. kalau nak tahu kat mana kedainya, kedai ni terletak dekat tingkat 1 Mid Valley namanya Kafe Sweet Chat. 


Kafe Sweet Chat Mid Valley / The Mines
kali niy memang hampa habis la aku duduk dekat kedai tu lama tapi orang ambil order tu tak layan sangat sebab dia busy. haishh aku nak tanya dekat dia je ada tak durian pancakes lagi.last-last aku tunggu lama dekat situ aku pon bangun and tanya, durian pancakes ada tak ? dia cakap "itu aa sulah habis stok ooo. semua cawangan punn habis stokk ooo" adoinyeee punnnn haiii. semua tempat takde ni camno nih ? teringin sangat dah ni. aku balik la dengan hampa. otw nak balik UPM tu aku sempat singgah The Mines lagi untuk cari dekat Kafe Sweet Chat The Mines pulak, tanya-tanya dekat kaunter pon takde jugakk. aaahhhh kenapa dunia ni kejam sangat, aku nak rasa je......sekali lagi aku kecewa

last-last dapat tahu yang kakak aku boleh orderkan dengan satu kedai ni kalau aku nak durian crepe. alaaa kenapa tak cakap awal kakakku ? penat adik cari tau. so bila hujung minggu aku balik rumah dekat Ipoh bolehlaaa rasa macam mana durian crepe tu. jengjeng kini tiba la masa yang ditunggu-tunggu, cuba pertama merasa durian crepe warna-warni ni, selalu kita nampak orang buat warna kuning kan. so yang kuning aku dah ambil dulu, 6 biji RM10. 


durian crepe yang padat dengan isi durian

yang belah atas tu krim dalam durian crepe yang bercampur dengan isi durian

kesimpulannya, bagi aku durian crepe ni rasanya biasa sahaja and takdelah sampai tergila-gila nak makan lagi sampai 10 bijik terus. haha. aku rasa sedap lagi kalau makan isi durian yang original yang baru dikupas tu, rasanya lebih kurang je, cuma ada tambah krim dalam tu. so bagi aku durian crepe ni 2/5 je sedapnya. tak tahu la kalau aku sorang je rasa macam ni, yela lain orang lain citarasakan. so oklah bubyee. aku dah rasa, korang bila lagi ?



Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. fulamak..mcm sedap..kalerful lg..tp jauh pulak kalau nk ke sane..T__T huaaaaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  2. rase die macam pelik, hehe, sebab durian dengan pancake , memang x minat langsung :D

    ReplyDelete
  3. hahaha, samalaa dgn kte, baca blog org kemain lagi dorang ckp sedap, bila dah beli kat midvelly tu, alahai.. untung lg beli 2 biji durian terus makan.. hehe :D

    ReplyDelete
  4. itula biase je rase die, sy suka lagi makan durian original dari buah tu lagi sedap :)

    banyak jual dekat midvalley, sungai wang plaza and dekat kedai-kedai online pon ada

    ReplyDelete

Click me