Makan, makan dan makan..itula rutin rakyat Malaysia, memang negara kita ni kaya dengan pelbagai makanan..baru-baru ni Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Menu Rakyat 1Malaysia yang telah disyaratkan semua menu harus mempunyai kombinasi diet seimbang
contoh :
MENU RAKYAT 1MALAYSIA
= Nasi + Lauk + Sayur + Minuman
Makan pagi / Breakfast = RM2
Makan Tengahari / Lunch = RM4
maybe program ni diadakan untuk menggalakkan rakyat kita berjimat cermat sambil menikmati makanan diet seimbang macam yang disarankan oleh Perdana Menteri kita..yela selalunya pergi kedai makan pastu ambil lauk semua, pergi kaunter kira....haaa amekaww sampai RM5 lebih kadang-kadang..dengan adanya program macam ni bagusla pada sesiapa yang susah nak berjimat dalam membeli makanan tu..tapi selalunya untuk aku yang makan "sikit" ni kan,ok sikit la sangat, aku hanya spend :
Makan pagi / Breakfast RM1 - Nasi Lemak / Bihun / Nasi goreng
Makan Tengahari / Lunch RM3 - Nasi + ayam + air
kiranya aku punya menu makanan harian lebih jimat dari Menu Rakyat 1Malaysia la kan..hehe..ini terpulang la pada diri masing-masing korang nak makan kat mana, kalau rasa bajet korang macam aku, boleh makan kat kedai biasa je ataupun bajet korang overlimit dari aku boleh la cuba Menu Rakyat 1Malaysia ni..tapi kalau tengah amalkan diet tak payah makan la senang..haha..bagi penduduk di sekitar Perak boleh cuba tengok Restoran mana yang dah ditetapkan yang ada Menu Rakyat 1Malaysia ni..cara-cara nak buat semakan Senarai Kedai, Menu boleh la
nak check or buat semakan dekat link kat bawah ni kalau nak tengok senarai kedai Menu Rakyat 1Malaysia :
http://www.1pengguna.com/menu/index.php?atknodetype=menurakyat.menurakyat&atkaction=admin&atklevel=-1&atkprevlevel=0&
and then bila dah buka, korang pilih negeri mana korang nak tengok lokasi kedai tu, kalau nak search bangsa pemilik kedai tu pon boleh, pilih pada ruangan bangsa and tekan search
PM Najib punya sepinggan nasik tu RM3? mhhh...
ReplyDeletetu la..
ReplyDeletetp tgk gak kedai kan..
kat cafe kampus sy kan nasi+ayam/ikan seketul/seekor+syur dah 3.50..xmsuk air pon..mnum air msk je..
wuwuwuwu...