Tips dan panduan sebelum beli handphone dan kenalpasti nombor EMEI

By | 11:05 AM Leave a Comment
zaman sekarang ni kalau seseorang tu tak pakai handphone ataupun ayat skemanya telefon bimbit la kan, mesti semua orang macam pelik gila..yela macam mana dia nak komunikasi dengan orang lain kalau takde handphone kan, memang susah la kalau takde handphone ni sedangkan opah-opah kat kampung pon aku tengok pakai handphone haa..yang canggih dari handphone aku pon ade wei..apa boleh buat..zaman teknologi..

tapi tahukah korang semua yang dalam masa sibuk mengejar arus teknologi ni, ada lagi yang perlu kita titik beratkan dan yang perlu kita tahu misalnya tip-tip sebelum nak beli handphone dan cara-cara nak kenal pasti handphone kita original tau klon punya handphone..sesetengah orang tak kisah lantak la handphone dia original ke tak janji boleh pakai kan, tapi aku nak kongsi sikit la dengan korang semua bagi mengelakkan korang tertipu dengan handphone yang korang beli tu, kalau dah tahu tu baguslaaa


Tips / Panduan sebelum beli handphone

1. Buat survey harga handphone yang korang minat tu dengan kedai-kedai yang lain takut la kalau-kalau ada 
kedai lain tawarkan harga lagi murah dari yang korang beli tu ataupun ada kedai yang letak harga tinggi sebab kedai dia tiada pesaing yang jual handphone.




2. Cari info atau maklumat yang berkaitan dengan handphone tersebut macam apa function dia atau cara nak guna handphone tu. Selalunya kedai-kedai akan sediakan kertas atau brochure untuk korang lihat apa yang handphone tu sediakan ataupun korang boleh tengok review handphone tersebut dekat google or Youtube.

Paling Penting ( mesti baca !)

3. Pastikan jaminan/warranty yang diorang bagi contohnya:
- Warranty kedai/warranty pengeluar.
- Pastikan set original (Zitron)/ set AP. Set Zitron lebih mahal dari set AP.
- Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
- Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker.

Macam mana nak tahu handphone original set ?



- Nokia authorized distributors are Zitron, Avaxx and i-Mobile.
- Sony Ericsson authorized distributors are T-Choice, Grandtech, Midlands and Thorus.
- Samsung main distributor is First Mobile Group (FMG) 
- FMG is giving 18 months warranty.
- Motorola authorized distributor are Satellite Technics, Zitron and MDM.
- Siemens authorized distributors are Zitron and FMG.- Panasonic's authorized distributor is Zitron.
- LG's authorized distributor is Zitron.




contoh sticker original set

4. Pastikan ada cop SIRIM, barcode dan tarikh bila dikilangkan.
5. Pastikan nombor EMEI yang ada di handphone dengan display dekat belakang handphone sama.
   Macam mana nak tahu nombor EMEI ( International Mobile Equipment Identity )

  • Taip *#06# pada handphone korang
  • Kemudian dia akan paparkan nombor 15 digit, contohnya : 356828-02-030736-3
  • Ambil digit yang ke 7 dan 8 pada nombor tadi, contohnya: 02
           00 - pengilangan di kilang asal ( best Quality )         
           01 or 10 - pengilangan di Finland ( very good )            
           08 or 80 - pengilangan di Germany ( fair quality )            
           01 or 20 - pengilangan di China ( low quality )
           04 - pengilangan di Korea                
           13 - pengilangan di Azerbaijan ( bad quality and dangerous for health )




carian nombor EMEI belakang handphone




Kalau korang nak tahu segala maklumat handphone korang pon boleh juga dengan dapatkan nombor EMEI di belakang handphone or taip *#06# dan pergi ke laman web Numbering Plan dan kat situ korang boleh cek segala maklumat handphone dengan letakkan nombor EMEI dan tekan button analyse.


IMEI sample
paparan nombor EMEI yang dah di analyse


setakat ni saja yang nak dikongsikan, kalau ada salah silap harap maaf ye, aku pon tak berapa nak pandai bab-bab ni, so info ni pun berguna untuk aku yang tiba-tiba and kalau-kalau nak beli handphone baru la kan..hehe..kalau ada apa-apa nak tambah boleh la komen..

Sumber: hafizstory
eiziltruetech-mobile
Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me