Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)yg haram tetap haram…
Bila bercakap soal jodoh
ramai memilih untuk berusaha keras mencari
walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.
Tapi bila bercakap soal hidayah,
ramai pula memilih untuk menunggu
biarpun sedar hidayah itu perlu dicari
bukannya jatuh ke riba.
Alangkah indah sekiranya ayat-ayat rindu kepada manusia ditukar rindu kepada
Pemilik hati-hati manusia =)
Pemilik hati-hati manusia =)
0 comments: