Assalamualaikum
pembaca blog sekalian, wahh dah lama nampaknya aku tak update..ok sebenarnya kali ni aku nak buat entri khas sempena aku pernah melancong bersama family ke Korea iaitu dengan mak ayah kakak1 kakak2 dengan arwah opah. Kenapa aku tiba-tiba nak bangkitkan kisah lama yang dah berlalu lebih kurang 15tahun ni? sebab aku pon pembaca setia blog Honeykoyuki ( peace !) jugak macam korangs, mesti korang tahu yang last update Fatin Liyana ada cerita pasal trip dia pergi Korea kan? Best la kan, so memang memori tahun 1996 terus terpahat dalam jiwa aku yang mana tahun tu jugak aku pergi Korea and tinggal dengan pakcik aku yang kerja kat sana. Sebulan aku dok sana korangs, masa tu umur baru 5 tahun, tak tahu pape pon..budak hingusan lagi... ^__*
|
masa dalam flight yaww ! |
|
masa ni kat Airport |
Masa sampai-sampai je sana tengah musim sejuk kan, so keluar je daripada kereta bila nak cakap tu berkepul-kepul asap keluar dari mulut...wahh bajet dalam mulut ada peti ais tersembunyi
|
saya yang berbaju merah tuu @__@ |
Kat sana aku tinggal dengan pakcik aku, boleh dikatakan aku tinggal dekat Apartment maybe sebab aku nampak tempat ni macam apartment je..haha..bantai jela..kat sini ada taman permainan so masa tu umur aku 5 tahun ko tau jela mesti la tempat ni aku paling suka pergi
yang aku tahu masa tu nak main main dan main yela budak kecik kan, so banyaknya aku geng dengan sepupu aku tu umur dia 4tahun..sepupu yang lain tu dorang dah darjah kot time tuu
|
cantik tak aku posing ??? heuheuuu |
|
ini la sepupu-sepupu comels aku, gadis yang bediri kat belakang tu kakak2 saya |
siapa yang selalu and suka tengok cerita Korea mesti tahu kan jalan kat sana macam mana. Tengok saja la gambar kat bawah ni, jalan berbukit-bukit bagai..letih nak mendaki oulsss
|
haishh mendaki lagi |
yeahh tengok tak macam mana susahnye Fatin Liyana mencari Seoul Tower kat entri blog dia tu ? kikiki
saya pon dah pernah menjejaki ke Seoul Tower..yuhuuuu
|
here I am..now aku ada dekat Seoul Tower babe ! |
Seoul Towel ni macam KL Tower jugak boleh teropong-teropong bagai tapi aku rasa kat sini lagi tinggi la kot..tengok aku punya jeans, rock tak ? hahaha bajet amy search
Sekarang ini aku nak cerita pulak pasal satu tempat yang paling best iaitu DisneyLand Korea wahh bagi kanak-kanak riang macam aku ni haruslah happy pergi tempat-tempat macam ni kan, kau gila aku tak happy dapat main banyak permainan bagai..hehe
|
pintu masuk DisneyLand..sempat lagi kan |
|
Welcome to the DisneyLand Korea |
|
wuu dapat main luncur ais..best gileee |
|
time ni pergi tengok orang main ice skatting |
best sangat la dapat pergi sana mengumpul memori yang telah tinggal sisa terbuang..al maklum la aku dah 21 tahun kot 2012 ni...banyak lagi sebenarnya gambar-gambar yang belum aku scan untuk tatapan umum..tengok la kalau rajin aku update lagi untuk next entry..memang rasa nak pergi Korea lagi wei, tunggu la kalau ada peluang and ada rezeki lebih..hehe..ok sekian sahaja buat kali..sabai sabai : )
:D nice pic. enjoy abis la kat korea.
ReplyDeletewalaupon dh lama tp tu bukti penah smpai korea...betul x?
ReplyDeletebetul tu zai zamree..hehe
ReplyDelete