Tuesday, January 15, 2013

Senarai model telefon rebate RM200 melalui Pakej Komunikasi Belia




Assalamualaikum
berita gembira untuk para belia berumur 21 ke 30 tahun apabila kerajaan mengumumkan Pakej Komunikasi Belia dimana kerajaan menyarankan 1 telefon pintar untuk 1 Belia bagi yang berpendapatan RM3000 ke bawah. tetapi apa yang korang tak tahu adalah ada antara Syarikat Telekomunikasi yang menawarkan telefon pintar 3G ( SmartPhone 3G ) sekali dengan pakej plan data mereka. So aku yang yang dah excited sangat bila kerajaan umumkan dalam bajet 2013 hari tu tiba-tiba terus rasa down sebab kena pakai tiap-tiap bulan nanti kena bayar bil pulak untuk pakej internet tu, nak tak nak kena terima jela. alahai ingatkan dapatlah merasa pakai handphone baru guna rebat RM200, tapi macam tu plak syaratnya and dorang pon tak offer semua jenis telefon tau.



Macam mana cara nak daftar rebate RM200 ? kalau yang masih berminat untuk dapatkan rebat RM200 ni boleh pergi ke :
  1. Pergi ke https://komunikasibelia.skmm.gov.my 
  2. Klik sama ada ingin membuat permohonan untuk pelajar / pekerja
  3. Jika permohonan sudah berjaya, boleh bawa dokumen di bawah ke syarikat telekomunikasi yang berdaftar :
  •   Fotostat IC / kad pengenalan
  •   Fotostat kad pelajar / kad matrik ( jika anda seorang pelajar )
     4. Anda boleh pergi ke Center Syarikat telekomunikasi pilihan untuk menebus rebat anda dengan  
         menunjukkan dokumen diatas dan nombor ID semasa mendaftar secara online.


Dekat mana nak dapatkan smartphone / handphone / telefon dari rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia dan smartphone apa yang ditawarkan dalam senarai SKMM dan syarikat telekomunikasi ?

bagi pengguna Maxis korang boleh pilih nak guna Prepaid plan ataupun Postpaid plan. dapatkan smartphone di Maxis Center yang berhampiran. 



Prepaid plan bagi Maxis rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia

  1. iPhone 5 - RM1999
  2. Samsung Galaxy S3 - RM1799 
  3. HTC Desire C - RM538
  4. Samsung Galaxy Mini 2 - RM399
  5. Nokia Asha 311 - RM219
  6. Samsung Galaxy Y -RM 169



Postpaid plan bagi Maxis rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia


  1. iPhone 5 - RM1199 + serendah RM50 sebulan + 1GB internet (http://www.maxis.com.my/personal/iphone/rates.asp )
  2. Samsung Galaxy S3 - RM899 + RM75 sebulan + 5GB internet
  3. HTC Desire C - RM299 + RM28 sebulan + 200MB internet
  4. Samsung Galaxy Mini 2 - RM199 + RM28 sebulan + 200MB internet


bagi pengguna Celcom pula, Celcom menawarkan Samsung Galaxy Y tetapi bersama dengan data plan serendah RM78. So nanti dah beli smartphone ni sekali pakej dengan kena bayar bulan-bula RM78 atau lebih mengikut jenis data plan yang korang pilih.





tetapi kalau berminat korang kena Sign Up atau berdaftar dulu di alamat yang tertera di bawah :

Blue Cube CapSquare
Lot G-198 & 19C
Ground Floor, CapSquare Centre,
Capital Square,
50100 Kuala Lumpur.


bagi pengguna Digi pula, Digi juga menawarkan  Prepaid Plan dan Postpaid Plan seperti Maxis. dapatkan di Digi Store yang berhampiran.

Postpaid Plan bagi Digi rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia

  1. Samsung Galaxy Note 2 - RM1199 + RM 88 sebulan 
  2. Samsung Galaxy S3 - RM899 + RM88 sebulan


Prepaid Plan bagi Digi rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia
  1. Samsung Galaxy Y - RM169 + weekly 300MB internet
  2. HTC One X - RM1549 + weekly 300MB internet

bagi pengguna U Mobile pula, U Mobile menawarkan Smartphone beserta dengan U Mobile Starter Pack RM28 (UMI 28) dengan Unlimited mobile internet usage, FREE 100 minit voice call dan FREE 30 SMS ke semua rangkaian. Antara model smartphone yang ditawarkan ialah :




  1. Samsung Galaxy Y - RM199
  2. LG Optimus L3 E400 - RM199
  3. HTC Wildfire S - RM 299
  4. Sony XPeria Tipo Single - RM299
  5. Samsung Galaxy Ace Plus - RM499
  6. HTC Desire X - RM999
  7. Samsung Galaxy S3 Mini - RM999
  8. Huawei Ascend P1 - RM1099
  9. Sony XPeria SL - RM1199
  10. Sony XPeria ION - RM1299
  11. Samsung Galaxy Note - RM1599
  12. Windows Phone 8X by HTC - RM1599
  13. HTC One S - RM1638
  14. Sony XPeria S - RM1699
  15. Samsung Galaxy S3 - RM1799
  16. HTC One X - RM1799
  17. Samsung Galaxy Nexus - RM1899



dapatkan smartphone di U Mobile Store, cawangan Senheng atau cawangan SenQ yang berhampiran.

U Mobile paling banyak yang menawarkan model telefon pintar 3G ( Smartphone 3G) dari syarikat telekomunikasi yang lain tapi aku pon tak tahu la dia punya pakej internet tu ok ke tak, ada sesiapa tak yang pernah langgan pakej internet U Mobile ni , laju tak ? aku sebenarnya dah daftar rebate ni tapi masa tu tak tahu lagi kena pakai bil semua ni and sekarang aku pon keliru sama ada nak guna ke tak rebate tu sebabnya dia bagi tempoh kat kita 2 bulan je untuk guna lepas tu dah tarikh luput. Kalau dah lepas dari tarikh luput tak boleh nak guna rebate melainkan kita kena daftar untuk online yang baru semula. 

tapi memandangkan handphone favorite aku Nokia Lumia 820 / 920 tiada dalam senarai, macam nak kena fikir dua kali plak kan. dah la handphone favorite tak boleh beli, kalau beli handphone lain karang kena pulak pakai bil and bayar tiap-tiap bulan. kalau aku dah bekerja takpe jugak, ini baru je belajar. Pakej komunikasi belia ni bukan setakat bagi handphone je dekat para belia, tapi akan membebankan para belia menanggung bil internet tiap-tiap bulan. sekarang kan dah banyak kemudahan Wifi dekat mana-mana tempat especially kedai mamak, kedai makan cikai-cikai pon dah ada Wifi sekarang oooo. 

bagi yang dah bekerja boleh la manfaatkan rebate ni tapi kepada pelajar macam membebankan pulak. so buatlah pilihan dengan bijak. Tapi kalau nak tahu lebih banyak lagi smartphone apa yang di tawarkan bolehla pergi ke Maxis Center, Celcom Center, Digi Store, U Mobile Store yang berhampiran untuk mendapatkan senarai smartphone yang telah di update dan ketahui maklumat lanjut.


11 comments:

  1. kena beli ke dpt free ni?? xfhm ar...

    ReplyDelete
  2. kalo nk beli kene tmbah ckit kan..then wajib langgan pakej internet ke atau cmne?? still kurang paham la..

    ReplyDelete
  3. @maknae wafie kena beli smartphone yang kita nak, lepas tu kalau harga lebih dari rebat RM200, tambah dengan duit sendiri

    ReplyDelete
  4. @catteeja ye kalau harga smartphone tu lebih dari RM200. tak wajib pakai pakej internet sebab sesetengah tempat ada yang boleh beli smartphone saja and bayar. boleh pergi dekat cawangan senheng, senQ atau kedai handphone biasa yang tawarkan rebat ni

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, dari jawapan yang soalan catteeja tu, apa maksudnya "smartphone yang lebih dari RM200"? Saya nak beli phone Samsung Galaxy Ace Plus. Memang wajib ke pakej internet? macam yang awak cakap, dekat cawangan senheng, senQ atau handphone biasa tu mana nak tau dekat mana?

    ReplyDelete
  6. @mazshaffiqah :) ada setengah tempat yg tawarkan rebat ni, tak payah langgan pakej internet sekali pon ada. kita just beli handphone tu atau ada kedai yg kena beli simkad baru contoh, simkad maxis or celcom, pilih la nak pakai mana and handphone apa yg ditawarkan. boleh pergi tanya dekat mana-mana kedai handphone sebab dia kadang2 takde tulis kat depan kedai, kita kena tanya. kalau kat kawasan rumah awak saya tak tau la dekat mana, macam saya duduk ipoh banyak je kedai tawarkan rebate ni, awak kena pergi tanya.

    ReplyDelete
  7. confirm ke galaxy s3 boleh beli sbb dengar khabar hp below RM500 je..

    ReplyDelete

komen jela pape yg korg ske

2leep