tinggalkan gambar profile facebook anda yang berwarna coklat tu kerana...

By | 10:13 PM 3 comments
Pada sesiapa yang masih lagi menggunakan gambar profile facebook yang berwarna coklat itu sebagai default picture anda, sila tukarkan gambar anda dengan segera kerana dari sumber rakan facebook aku ada share kan benda ini. 





Katanya sumber dari Al-Eeman


Al Eeman :

tinggalkan gambar2 bentuk macamni. ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi.dah ada 4 hari ana kaji benda ni. ana mula2 pkai bnda tu, tapi ditegur dari teman2 ana yg tinggal di timur tengah. kawan2 ana org tempatnb sana spt mesir, maghribi. mereka lebih faham situasi yang berlaku.ana telah dijelaskan dengan baik ttg gambar ini.setelah ana faham, ana terus tukar. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. harap maklum.


bagi pendapat aku la, benda ni belum tentu sahihnya sebab kita hanya percaya pada apa yang di share oleh rakan-rakan facebook kita, kalau betul la benda ini boleh korang semua sebarkan pada rakan-rakan yang lain. Maaf kalau ada yang tak betul dalam hal ini. Sekadar berkongsi.



UPDATE 18 MEI 2012 - 9.20 AM


[Admin] Ada orang tanya ambe. Betul ke kenyataan di bawah ni?

"tinggalkan gambar2 Dp yang berwarna coklat . ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. harap maklum. waallahualam."

Jawapan:

Hanya mreka yang berfikiran sempit saja akan berfikir cara begitu.

Apa kaitan menggunakan DP dengan menunjukkan kita tawanan Israel? DP itu menunjukkan pakaian/warna adalah simbolik pada pemakaian mreka(tahanan) dan kain menutup mata itu adalah apa yg mreka jalani di sana. Jadi di sini tidak timbul samaada kita memejamkan mata ataupun celik menentang zionis.

Soal tulisan itu pula, tiada salahnya digunakan, berikan dalil yang melarang daripada gunakan bahasa mereka. Ada? Tiadakan? Selagi perkataan itu bukan menghina Islam, boleh saja kita gunakan. Sebenarnya perkataan tulisan Yahudi dalam bahasa Hebrew tu tak jadi masalah sebab ade je al-quran terjemahan dalam bahasa Hebrew untuk orang yahudi yg beragama Islam. Hebrew tu bahasa, bukan agama. Kalau begitu, tak boleh la guna bahasa Inggeris, sebab orang Kristian cakap bahasa Inggeris. Ia sekadar simbol kerana banduan disana memakai pakaian seperti itu. Penjara Israel menggunakan bahasa Hebrew takkan guna bahasa Jepun pula!

Contoh lain yang ambe boleh berikan, FB adalah ciptaan Yahudi, jika kita gunakan, adakah kita sebahagian daripada mereka?

Jadi perkara yang terbaik adalah Husnuzon (bersangka baik) minta semua tidak perlu sempitkan pemikiran. Itu saja ambe nasihatkan. Jangan perlekeh usaha kecil ini dengan kenyataan mengarut ini.
Sebab kenapa gambar1 dan gambar2


Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. boleh baca disini


    http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/05/penjelasan-dan-koleksi-gambar-avatar.html

    ReplyDelete

Click me