isu 15 Ramadhan akan terjadinya huru-hara dan suara yang amat dasyat dari langit

By | 12:39 AM 6 comments


Assalamualaikum


gambar hiasan

Para sahabat sekalian. Harini dapat mesej dari sahabatku yang suruh aku membaca link yang di share di Facebook mengenai isu 15 Ramadhan. Dah ternampak dekat news feed facebook hari tu tapi takde kesempatan nak baca sebab ingatkan mengenai isu Kiamat yang akan berlaku pada 2012 seperti yang digembar-gemburkan oleh orang barat tetapi rupa-rupanya mengenai isu akan terjadinya huru-hara dan suara yang amat dasyat datang dari langit yang akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3 yang tinggal hanya 1/3.

Sebelum ni memang tak pernah terbaca mengenai kisah ini dan aku pon macam tertanya-tanya betul ke memang akan terjadi pada 15 Ramadhan yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat ? Cuba bacakan kisah kat bawah ni

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.


Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. 



( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..



Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..



Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:



Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.



Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. 



MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG BERINGAT.. AMINN!!



Oleh : Ma,ar Rahman

                spref=fb
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang pada sesiapa yang baca akan isu ni mesti takut, resah adakah betul cerita ini ? Berapa lama lagi kita akan dapat hidup kat dunia ni ? Adakah cukup amalan kita untuk bertemu dengan Allah SWT ?


Semanis Kurma 26 Julai 2012 : Ustaz Haslin Baharin


Kebetulan malam ni lepas aku balik je dari solat terawih, aku sempat menonton episod SEMANIS KURMA di TV9 walaupun terlepas 20 minit setelah disiarkan. Ustazah Siti Nor Bahyah ada bangkitkan mengenai isu 15 Ramadhan ni setelah banyak orang share di facebook dan Ustazah meminta pandangan dari Ustaz Haslin Baharin a.k.a Ustaz Bollywood kerana alunan bacaannya seperti rentak hindustan, Ustaz Haslin ada menyatakan bahawa janganlah takut sangat sebabnya kenapa kita mesti takut akan terjadinya isu suara yang amat dashyat ini terjadi pada 15 Ramadhan sepatutnya kita perlu rasa takut adakah amalan kita ini cukup untuk kita bawa bertemu dengan Allah ? Sama ada perkara itu benar atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu.

Kiamat memang akan terjadi dan semua orang tak tahu bila cuma kita perlu cukupkan amalan kita di dunia ini. Ustaz berkata lagi golongan yang takut akan hal ini adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah SWT. Masya Allah sahabat sekalian bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Banyakkan beramal tambah pula sekarang kan bulan puasa. Sama-samalah kita mendekatkan diri kita kepada Allah nescaya kehidupan kita akan lebih tenang dan selamat.

Untuk penjelasan yang jelas dari Ustaz Haslin bolehlah tengok SEMANIS KURMA di TONTON   
   ataupun siaran ulangan pada hari Isnin. 



Newer Post Older Post Home

6 comments:

  1. saya try cari pasal hadith tu. banyak sumber kata hadith tu lemah dan tak sahih. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. dik.. 15 ramadhan 1433 jatuh pada hari sabtu dik...

    ReplyDelete
  3. btul kh huru hara akn tjdi pd 15 rmdhn??? subahanALLAH...

    ReplyDelete
  4. Sebahagian negara seperti Brazil, Uk dan London mula puasa pada hari Jumaat (20 July 2012) manakala sebahagian negara lain mula puasa pada hari Sabtu (21 July 2012) ..refer to calender Makkah.. :-)

    ReplyDelete
  5. tak takkan jadi semua itu saya tidak percaya semua itu sebab 15 ramadan jatuh pada hari rabu bukannya jumaat tak reti lihat celendar 2012

    ReplyDelete
  6. ini sekadar apa yg diperkatakan di facebook sahaja dan saya share kat sini. Ustaz haslin pon ada kata yg kalau benda ni berlaku pon semuanya kuasa Allah siapa kita yg nak menidakkan kejadian ni. tapi kalau tak berlaku saudara saudari sekalian ucapkanlah ALHAMDULILLAH sebab masih dapat hidup lagi sampai ke hari ini. ini sekadar peringatan buat kita semua untuk lebih banyakkan ibadat dan amalan kita kat dunia sebelum terjadi apa-apa.

    saudari @insyirah : anda ikut kalendar yang mana ni ? hari Rabu bersamaan dgn 8 OGOS 2012 ( 19 Ramadhan )

    ReplyDelete

Click me