flat ikan UPM

By | 6:23 PM 3 comments




assalamualaikum

mesti korang kenapa la tiba-tiba aku buat tajuk flat ikan UPM ni ? mesti fikir aku duduk dekat flat lepastu bela ikan dalam bilik. haha. bukanlaa. kalau korang budak UPM mesti tau la apa itu flat ikan. bagi yang tak tahu flat ikan ni merupakan kawasan flat untuk penduduk serdang ni and dekat bawah flat ni ada macam-macam kedai. kedai-kedai ni la yang jadi tarikan untuk student UPM beli buku, nak fotostat, print and banyak lagi la. kat sini jugak ada kedai makan, kedai dobi layan diri pon ada. kalau nak tau, flat ikan ni berdekatan dengan Fakulti Alam sekitar, so kalau naik bas tu kena berhenti dekat fakulti alam sekitar and tinggal jalan sikit ke pintu kecil nak ke flat ikan. 

flat ikan UPM


















flat ikan UPM
semalam sempat la aku pergi flat ikan ni 2 kali tau. hehe tamak punya pasal. eh takdela sebenarnya balik kelas tu dah pergi sebab nak beli buku, ok tujuan utama beli buku je tapi jalan-jalan tengok kedai lain dah beli barang lain plak. kalau korang nak tau jugak, kat flat ikan ni la banyak kedai yang jual buku fotostat untuk student2 dekat sini. yela mana nak mampu beli buku original mahal kot. aku dah cari semalam yang original pon lebih kurang RM80 ke atas. bayangkanlah.



tapi ada satu kedai ni boleh pilih je buku mana kita nak. cuma tinggal tanya dia kos kita ambil, and dia akan tunjukkan catalog senarai buku-buku yang ada untuk fotostat. so aku pon yang tengah takde budget sangat beli 1 je buku dulu iaitu buku Introduction of Java Programming RM46. buku tu kena tulis resit dulu and bayar deposit RM20, buku siap esok so kena datang lagi flat ikan.hahaha. satu lagi buku fotostat Discrete Structures dah ada sumbangan ikhlas dari senior software engineering. hehe. lagi aku beli buku Kenegeraan Malaysia RM4.00 and Tamadun Islam Tamadun Asia ( TITAS ) RM4.50. Siapa yang nak beli buku-buku ni nanti bagitau la ye. 




petang tu pergi lagi sekali sebab nak beli kertas putih and kertas pembalut hadiah untuk menghias bilik yang buruk ni. banyak jugak la duit habis tapi redha jela nak buat macam mana.


sebelum ( bilik kolej 12 )

selepas ( bilik kolej 12 )
selepas ( bilik kolej 12 )
ok tak gambar sebelum dengan selepas ? haha. cakap jela ok penat aku tampat semua ni, makan masa 3 jam semalam. hahaha. ok la no more dinding buruk. hehe. boleh tengok dinding dengan aman. bye !


Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. cantik susun atur bilik... kemas n simple :)

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat belajar, nak belaja pun semangat. Hehe.

    ReplyDelete
  3. assalam.
    blh tau apa nama kedai tu ye.. memmng tgh nak cari buku rujukan ni.. blh email nama kedai tu x kat saya.. asap.. dah nak mid term ni.
    juliezeny@yahoo.com

    ReplyDelete

Click me