Cara hilangkan whitehead dan blackhead ! penjagaan wajah yang simple

By | 5:42 AM 4 comments




assalamualaikum
dalam kita dok bergaya nak cantik and apply muka sampai 3inci, kita kena jugak merawat wajah kita yang dah seharian kita tempek make up. lama-lama kotoran akan melekat dekat muka pastu timbul la bintik-bintik hitam atau bintik-bintik putih atau dalam bahasa glamornya whitehead and blackhead hehe.
benda ni selalu jugak terjadi dekat muka aku, nak pergi spa and facial selalu memang tak mampu la kan so jalan terbaik adalah buat sendiri facial dekat rumah. macam mana cara nak hilangkan whitehead dengan blackhead ni ? ok senang je tapi ini cara aku la kan, cara korang tak tau la macam mana. meh nak bagi tutorial sikit.

tapi sebelum tu nak review satu masker yang bagus ni untuk hilangkan whitehead and blackhead korang tu. produk tu ialah Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask dari Cosway, harga tak berapa ingat la tapi tak mahal tau and memang berkesan.



kotak dia warna hitam and bekas dia pon warna hitam dengan color mask ni pon warna hitam. bagus untuk menanggalkan whitehead and blackhead dan clear kan pori-pori yang tersumbat dengan membaiki sel kulit mati. aku dah cuba setakat ni ok la and boleh nampak whitehead tu melekat dekat mask tu bila kita cabut. tapi sebelum nak pakai mask ni ada jugak caranya. diantaranya ialah :-
  1. cuci muka dengan pencuci muka hingga bersih
  2. lapkan dengan tuala bersih
  3. sapukan toner bagi mengilangkan kesan-kesan kotoran pada muka
  4. sediakan air panas satu mangkuk besar untuk wapkan / stimkan muka dan tutup kepala dengan tuala bagi menghalang wapkan tu ke tempat lain. kalau tak nak rasa pedih mata pakai la pelindung mata.
  5. bila dah habis wapkan muka, gosokkan muka dengan tuala bersih di sekitar tempat-tempat muka yang banyak whitehead and blackhead tu sehingga puas hati.
  6. letakkan  Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask ( kalau takde pon takpe ) dan tunggu 10-15 minit untuk mask tu kering dan cabutkan.
  7. ambil ais batu dan letakkan dalam kain dan dap dap kan dekat muka. ( untuk kecilkan balik liang-liang pori muka aku sebab aku tak boleh pakai toner )
  8. selesai. boleh la sambung untuk base make up dalam entry ini.


lepas dah buat semua ni sure muka korang rasa licin je sebab semua kotoran dekat muka kita dah dihilangkan dengan ikut step by step cara dekat atas. so memang jimat kan bila semua benda ni kita dapat buat dekat rumah je.


Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. pernah try ni. tapi, kalau tak pakai selalu nanti makin byk whitehead. camne ye..

    ReplyDelete
  2. oh.. kena pakai selalu ek.. ada tak cara tradisonal nak hilangkan whitehead ni agaknya?

    ReplyDelete
  3. guna putih telur n tisu...

    ReplyDelete

Click me