minggu kuliah di UPM

By | 5:17 PM Leave a Comment


assalamualaikum
setelah seminggu menghadapi minggu orientasi di UPM, kini semua pelajar baru akan menghadapi benda yang sama iaitu menghadiri minggu kuliah. memandangkan kelas aku hari isnin pukul 8 so bangun pagi, siap semua dalam pukul 7.00 dah turun bawah. kenalah bangun dalam pukul 5.30 pagi  ke untuk mandi and bersiap sebabnya pergi kelas kan kena naik bas. dulu masa belajar poli bolehlah kakak aku tolong hantarkan, kelas pukul 9.00 pagi lagi 15 minit baru nak siap. hahaha. dekat sini jangan harap nak buat macam tu, kalau ko tak bangun sejam awal memang tak pergi kelas laa.




bagi aku yang ex diploma dari politeknik ni memang agak terkejut sikit la dengan suasana belajar dekat U ni. semuanya kena berdikari, semuanya kena buat sendiri sampaikan jadual kelas pon kita kena aturkan sendiri ikut yang mana bersesuaian dengan waktu and subjek yang kita ambil supaya tak clash dengan mana-mana kelas. mula-mula susah sikit nak cari kawan yang sama kumpulan kuliah dengan kita and lama-lama dah jumpa bolehlah pakat-pakat bagi sama jadual waktu dengan kelas yang lain. UPM ada anjurkan program Starting School untuk pelajar baru bagi bertujuan untuk melatih student baru mengenali dan memahami suasana pembelajaran di Universiti.


gambar sekadar hiasan


memandangkan aku tak berapa mahir nak berbahasa Inggeris so aku hanya dapat Band 2 untuk Muet. kenapa aku sentuh pasal muet ? UPM ni memang pentingkan pelajar-pelajarnya dalam kemahiran berbahasa Inggeris, so bagi pelajar yang mendapat Muet Band 1 atau 2 perlu mengambil English for Academic Purpose untuk semester pertama dan subjek bahasa Inggeris yang seterusnya. Untung sesiapa yang dapat Muet Band 3,4 dorang kena ambil 2 sahaja subjek BI dan lagi untung untuk pelajar yang mendapat Band 5,6 mereka hanya perlu mengambil 2 kursus elektif BI. bagi aku yang dapat Band 2 ni kira lambat sikit la perjalanan dengan pelajar yang lain.

hari tu aku baru je berkunjung ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad dekat UPM ni, besar and best sangat macam-macam ada. aku pergi dengan member, niat untuk jalan-jalan je dulu dalam library ni sebab nanti ada program SPP dan WEBOPAC. Apa itu SPP ? SPP merupakan program sesi pengenalan perpustakaan dan WEBOPAC pula ialah katalog perpustakaan. oleh kerana jadual padat sikit so aku baru ambil kelas SPP je, kelas webopac maybe minggu depan. program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai apa kemudahan yang terdapat dalam PSAS ni dan juga library lain yang ada dalam UPM serta dapat membantu pelajar belajar cara-cara untuk mencari buku-buku didalam perpustakaan. setiap pelajar akan diberi 10 merit jika menghadiri kedua-dua kelas tersebut. Merit tu penting untuk kita stay kolej, untuk pelajar baru kena kumpul 40 merit baru layak memohon untuk stay kolej.



banyak jugak kelas aku dah pergi and semua lecturer mesti suruh beli buku untuk subjek masing-masing. memang perit la kalau nak beli buku matapelajaran U ni sebabnya mahal kan dahlah tebal-tebal je semua. tapi yang menarik dekat sini ada jual buku photocopy. hehehe. dulu la masa orientasi ada dengar-dengar pasal beli buku dekat flat ikan. aku pon heran la apemendeee la flat ikan tu ? tempat kongsi gelap ke ? apa ke? hmmm. last-last bila banyak orang dah cerita baru aku tau. sebenarnya senior-senior UPM dulu bagi nama tenpat tu flat ikan. aku pon tak pasti la asal usul flat ikan tu. ahhaha. dekat flat ikan ni la ramai yang beli buku photocopy tu dengan harga murah. murah mana ? aku pon tak tahu sebab tak pergi lagi. tapi kalau budak UPM tau la jalan nak pergi sana, flat ikan ni terletak betul-betul dekat belakang tembok UPM and berdekatan dengan Fakulti Alam Sekitar. ada pintu kecil yang menghubungkan UPM dengan flat ikan ni kiranya macam ada connection laa dengan UPM. hahaha. apeke peliknya nama flat ikan ? tapi manusia yang tinggal dekat situ. hehe. ok la jom pergi flet ikan beli buku ! hohoho



kalau asyik study study study je mesti la lapar kan. lupa plak nak cerita pasal kafe serumpun. memandangkan aku duduk di kolej 12 iaitu kolej serumpun, so memang meriah habis la dekat kafe sebab semua kolej pon join sekali makan kat sini. makanan boleh tahan sedap la tapi yang paling best makan la ikut suka hati sebab krorang pelajar baru boleh guna kad meal plan. kira macam kad touch and go la boleh nak top up semua. dalam tu ada RM400 lebih bayar sekali bayar dengan yuran dulu, so boleh la guna kad tu je. pergi kafe bawak diri je tak payah bawak duit tau. haha. 



Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me