Assalamualaikum
Terlalu lama rasanya tak bercerita dekat blog ni. memang tiap-tiap hari tu ada je benda nak dimuatkan dekat sini tapi disebabkan kekangan waktu aku pon tak sempat la nak mengarang ayat, just simpan semua cerita dalam hati je. hehe. sedih kan
baru-baru ni aku baru dapat assignment untuk subject kelas bahasa inggeris, lecturer aku suruh buat 3 essay tapi antara tajuk-tajuk yang ktorang dapat, satu tajuk essay ni paling best iaitu " Men are from Mars and Women are from Venus ", mesti korang macam pernah dengar kan ayat tu? tak pon tak pernah dengar langsung ? hahaha. ok takpe, aku pon sebenarnya belum ada peluang lagi nak baca buku ni tapi dah download yang version pdf punya. dengar lecturer aku membebel pasal perbezaan antara lelaki dengan perempuan ni memang best laa sampai aku tergelak-gelak kat belakang sorang-sorang. haha.
untuk pengetahuan lelaki dekat luar sana, memang jelas dan nyata lagi bersuluh yang kita punya perangai memang berbeza. lelaki berfikir lebih kepada apa yang dia nampak dan perempuan berfikir secara mendalam dan penuh dengan emosi. haishh sebenarnya susah nak explain, tapi try jugak nak explain ni sebab selalunya lelaki jarang nak faham perasaan orang perempuan kan ( tapi nanti ada pulak lelaki datang komen cakap perempuan pon tak pernah nak faham perasaan lelaki..LOL ! )
contoh yang paling terdekat dengan kita ialah kita boleh tengok dekat facebook. sebenarnya aku dah buat kajian ( ceh kajian la sangat ) sikit pasal status lelaki dengan status perempuan ni. kebanyakkannya lelaki akan update hari ni dorang nak main game ni, layan movie ni la ataupun kalau dorang nak cerita sesuatu mesti tulis straight forward je kan and bila marah dorang jarang akan update dekat facebook memang terus set time bila nak gaduh belakang lorong je. lain pulak dengan perempuan, kalau kita tak puas hati dengan seseorang kita akan merapu-rapu la buat ayat itu ini bagi semua orang simpati, nak cakap depan-depan takut tapi bila jumpa rasa bengkek je hati dengan minah ni. hahaha ! ( true story )
perempuan memang suka merepek-merepek kalau bercerita padahal ceritanya pendek je, kita yang buat jadi panjang. lelaki senang apa-apa pon dengan member straight forward je. hahaha. kalau kita nak mengadu masalah kita dekat lelaki pon, mesti dia akan cakap ala rilek la, takde pelah..itu je yang ko boleh cakap ? ni yang aku geram ni, kita ni cerita panjang lebar pasal itu ini. hahh tiba-tiba aku yang emosi ni apsal. hahaha. memang lelaki semulajadi macam tu kan ?
pernah terfikir tak kenapa orang perempuan selalu sangat komplen yang dia tak cantik, buruk laa dekat pakwe / bf / suami ? memang aku sebagai perempuan selalu ada rasa macam tu,suka mempersoalkan pasal diri kita tapi sebenarnya orang perempuan perlukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang lelaki. kalau boleh dorang hari-hari nak lelaki puji dorang cantik and dorang takkan bosan nak dengar semua tu. tapi lain pulak bagi lelaki, dorang dah memang tengok kita cantik and sekali je pon dalam setahun cakap cantik sebab dorang dah anggap kita ni memang cantik ! macam tu jugak la dengan ungkapan i love you, kalau boleh hari-hari nak dengar dari mulut orang lelaki tapi masalahnya lelaki ni berat hati atau rasa ego nak cakap jadinya perempuan pon akan rasa kecil hati dengan pasangan dia dan dorang akan anggap pasangan dia tak sayang dia, ada orang lain and macam-macam lagi la. sampai sudah la fikir semua tu lepas tu nangissss....haha..padahal takde mende pon
ini satu yang aku paling nak tekankan dekat sini. lelaki tolong jangan pandang perempuan sampai nak terkeluar bijik mata ok ! sebabnya aku sebagai perempuan ni kalau lelaki pandang macam tu, for sure la dah naik segan sampai tak tau apa yang tak kena dengan diri aku ni. yela yang kita ni dok la betul-betul tudung kot-kot senget ke, nampak rambut ke, baju senget sebelah ke. haishhh sampai aku sendiri pon tak tahu apa yang tersurat dan tersirat disebalik pandangan tu. tapi bagi orang perempuan, mereka akan pandang orang lelaki tu contonya kalau dia hensem pandang la 2 or 3 kali tapi secara senyap-senyap, tak pon intai-intai dari jauh tapi bila lelaki tu pandang buat-buat pandang tempat lain. haha, cool kan orang perempuan ? kikiki
yang ni pulak kalau dalam telefon or jumpa. lelaki kalau boleh nak jadi sekasar yang mungkin la, contohnya ayat ni " wei hidup lagi kau, aku ingat dah lama mati senyap je takde kabo berita " ---> " wei siot r ko ! ko pon asal dah hitam beno, mandi arang ke ? ahahha... pastu same-sama lepak-lepak kat mamak, minum-minum, tengok bola. kalau perempuan pulak lain ceritanya. " eh, ira kan ? lamanya tak jumpe ko yang, makin cantik dah sekarang ? ko warpe sekarang ? ---> " eh takdelah, biasa jela. aku kerja dah sekarang " ---> ye aku tengok ko dah lain sekarang " ---> "ko lagi cantik kot dari aku...hehehe"---> " aku pon bese jela..pandai-pandai je ko " ---> jawapan sampai esok pagi pon tak sudah la macam ni. hahahaha ! lepas tu cakap la apa-apa kita calling2 or mesej2 ye yang...padahal lepas tu senyap lost contact terus. hahaha...
belum masuk cerita kalau bab bergambar plak ! jom kita layan gambar ni
agak-agak korang kenapa macam tu ? sebabnya lelaki lebih mementingkan nilai persahabatan dalam bergambar, kalau perempuan lebih menekan nilai glamour, elegen, dan nak tunjuk kat semua orang dorang lagi cantik dari yang lain-lain. haha.tambah-tambah kalau yang fashionista tu lagi la nak bergaya bagai, memang taknak kalah dari kawan-kawan yang lain. LOL ! cantik la sangat kan
dan yang terakhir sekali aku nak sentuh ialah pasal perhubungan. siapa yang tak sedih kan bila kena tinggal and ditinggalkan. aku sendiri pon pernah alami semua ni banyak kali dah dalam hidup aku, memang sebagai orang perempuan akan rasa down gila lah, sampai tak boleh nak focus study, makan banyak, tulis status merepek dekat facebook bagi semua orang baca and tahu masalah kita. lepastu akan nangis, nangis dan nangis sampai bengkak-bengkak mata, tapi aku tak tahu macam mana lelaki boleh survive lepas dorang putus, yang dorang tau lupa semua masalah dengan awek, lepak dengan kawan-kawan, tengok bola, main game, tidur ! ahahh sungguh berbeza kan.
betul la kata pepatah inggeris ada cakap,
Men are like Bluetooth : he is connected to you when you are nearby, but searches for another devices when you are away
Women are like Wi-Fi : she sees all available devices but connects to the strongest one
memang different..hehehe :)
ReplyDeleteNice. Memang berbeza.
ReplyDeleteMen are like Bluetooth : he is connected to you when you are nearby, but searches for aother devices when you are away
Women are like Wi-Fi : she sees all available devices but connects to the strongest one
:p