Braces #3 : Makanan untuk orang pakai braces

By | 11:57 PM 1 comment


Assalamualaikum

genap seminggu aku dah berbraces semalam bersamaan hari Khamis 22/11/2012. eh cantik pulak tarikh tu kan. hehe. dan selama seminggu lebih jugak la ( campur dengan hari lepas cabut gigi ) aku tak boleh nak makan nasi. ahh betapa seksanya hidup kalau tak dapat makan macam orang lain kan? bila tengok orang lain beli nasi dengan lauk sedap-sedap hati aku memberontak habis, takpe takpe sekejap je ni..konon-konon nak pujuk diri sendiri la padahal aku lapar ni hanya tuhan je yang tahu. hanya makanan yang lembut-lembut macam bubur or sup sahaja yang aku boleh makan.

ramai orang tanya aku sakit ke pakai braces ni ? kenapa tak boleh nak makan ? orang lain yang pakai braces tu elok je dorang makan. ni haa nak cerita sikit, masa pasang tu rasa apa-pa pon la biasa je. tapi rasa sakit tu akan datang beberapa hari selepas tu disebabkan dawai-dawai dalam gigi tu dah berfungsi mengetatkan gigi kita, sebenarnya tak rasa sakit tapi rasa ngilu je jangan salah faham. tapi bila gigi bawah bergesel dengan gigi atas akan rasa sakit sikit, tu yang menyebabkan aku tak boleh nak makan. sebabnya gigi-gigi aku still lemah and rasa ketat tu yang tak boleh nak gigit makanan tu. 




so antara makanan-makanan yang boleh dimakan untuk orang yang baru pakai braces ni ialah makanan yang bersifat lembut. hehe. contohnya :
  1. bubur nasi knorr / maggie
  2. sup krim ayam campbell's 
  3. sup cendawan campbell's
  4. telur separuh masak
  5. nestum / oat
  6. cerelac ( kalau nak feeling macam baby la...hahaha )
  7. air milo ( sebab minum milo mengenyangkan )


 itulah makanan harian aku selama berada di UPM ni, kalau dekat rumah senang la mak aku tolong masakkan bubur pagi petang siang malam. tapi kalau kat UPM ni mana nak cari orang yang boleh masak bubur selalu ? huhuhu...

Alhamdullilah setelah seminggu ni baru la aku boleh mengigit sikit-sikit, dah macam baby nak belajar berjalan pulak. itulah orang kata seminggu pertama pakai braces memang kita akan rasa sakit and susah bila nak makan, tapi selepas tu dah ok pon. percayalah sekejap je, kena tahan kan kalau nak cantik ? itu apa yang mak and kakak aku cakap. hehe...


gambar setelah 2 hari pakai braces


tapi sepanjang seminggu ni gigi aku masih sama tiada apa perubahan lagi, 2 minggu lagi nak balik Ipoh pergi check up dengan dr. Fadzli..tak sabarnya..dr cakap boleh tukar color getah tapi rasanya macam nak kekal dengan warna biru je. hehe

info mengenai braces :



Newer Post Older Post Home

1 comment:

Click me