Review Cosmoderm Vitamin E Cream, Safi apricot scrub & Toner dan Aiken tea tree oil

By | 12:32 AM 1 comment



assalamualaikum
alhamdulillah tamat sudah perjuangan untuk semester satu dekat UPM setelah berhempas pulas nak belajar ( padahal tak hempas mana pon..wakakaka ) kini tibalah masanya berehat kat rumah selama 5 minggu and its time to update blog and buat review produk yehaaaa....dalam kesibukan diri aku mengurus masa antara belajar and buat segala mak nenek assignment, aku telah mengundang beberapa ketul jerawat yang sangat-sangat degil woi, memang tak nak kalah melekat 3 biji dekat dahi...and memang aku dah lama ada masalah jerawat dekat dahi tapi yang hari tu memang besar la lepas tu lama pulak tu nak surut.

kalau dah namanya perempuan mesti nak cuba macam-macam produk bagi hilangkan jerawat ye tak ? ye aku pon sama jugak, penat dah meredah guardian, watson dengan farmasi lain semata-mata nak cari ubat jerawat sampai sanggup berhabis duit. time jerawat degil tu datang pulak sebelum study week arghhh memang lagi la aku tension...!  tapi aku rasa la kan ini kemungkinan  berpunca dari aku bertukar pencuci muka Herb Day Cleansing Foam ( Peach ) the Face Shop kot sebab sebelum ni aku dah biasa guna pencuci Clean & Clear dari sekolah lagi.

Herb Day Cleansing Foam ( Peach ) The Face Shop

mula-mula aku pakai la ubat jerawat yang memang selalu aku pakai tu, ubat nixoderm. ubat tu memang berkesan kalau ada jerawat-jerawat kecil dekat muka aku ni, malam sapu lepas tu in shaa Allah pagi esok dah surut ataupun the next day. tapi kali ni jerawat memang degil taknak pecah jugak. aku pon nak cuba la ubat lain, antara ubat jerawat yang aku beli ialah Oxy 10. aku pilih oxy 10 dari oxy 5 sebab nak nampak lebih berkesan kononnya la kan tapi lepas 3 hari takde kesan pon. 


Oxy 10

lepas tu aku cuba pulak beli minyak tea tree dari aiken ni ataupun aiken tea tree oil based on review yang aku baca dalam internet, and yang ni pon macam biasa jugak takde kesan so al-makanya jalan terakhir aku telah memicit semua jerawat yang besar-besar tu sebab dah tak tahan sangat. memang banyak la darah keluar and aku sapu kan je Aiken Tea Tree Oil tu dekat tempat jerawat tadi. alhamdulillah lama kelamaan aku tengok jerawat dah makin surut sebelum aku start exam. kiranya aiken tea tree oil ni berkesan jugak la walaupun lambat sikit, ada jugak yang cakap suruh beli Body Shop tea tree oil tapi mahal sikit la rasanya RM28 so aku beli jela produk aiken ni murah sikit dalam range RM10 rasanya.


Aiken Tea Tree Oil

bila muka dah separuh baik dari jerawat tadi tiba-tiba terasa muka macam tak licin sangat sebab terlampau banyak whitehead and blackhead. so aku rasa macam nak beli something untuk hilangkan whitehead ni yang pasti mestilah nak cari FACE SCRUB ! jenuh jugak la nak cari produk yang betol-betol sesuai dengan kulit muka aku yang sensitif ni and last sekali aku beli skrub muka dari Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub and then beli sekali Safi Toner Lidah Buaya ( hijau ) sebab lepas skrub mestilah kena tutup pori guna toner kan memandangkan aku tak guna toner selama ni lepas tu pulak beli Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil sebagai pelembab muka and krim ni jugak baik untuk hilangkan masalah parut jerawat. 

Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub 

Safi Toner sari mentimum dan pokok lidah buaya
Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil




masa nak pilih krim cosmoderm ni aku dah pegang dah moisturizer dari Organic Aid tu and lepas tengok cosmoderm tiba-tiba tertarik sebab dijamin halal kan. promoter tu siap rasa kulit aku and dia cakap aku punya normal skin tapi just oily dekat kawasan T which is kawasan dahi ke hidung, itula pasal banyak jerawat dekat situ and dia pon nampak, dia  suggest suruh ambil krim ni and aku terus letak balik krim organic aid tu. hehe kejam tak ? aku pon pelik kenapa la aku tak ambil satu set produk Safi kan sebab dah alang-alang dah beli skrub muka, toner and why not ambil sekali pelembab safi ? hehe takpelah dah terpilih cosmoderm, harap-harap ok la semua produk ni dengan kulit muka aku.

Alhamdulillah dah pakai dalam 2 minggu semuanya ok la and tak tahu lagi perkembangan masa akan datang..hehehe..so far aku memang suka semua produk yang aku baru beli ni sebab boleh bertahan lama dekat muka aku, kalau tak produk yang tak sesuai tu 2 ke 3 hari dah tunjuk kesan buruk. lain orang lain jenis kulit, so kepada korang berhati-hati la memilih produk kecantikan untuk kebaikan diri sendiri. macam nilah kalau nak ikut turutan aku make up hari-hari :

  1. Pencuci muka Clean & Clear
  2. Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub ( 2 kali seminggu )
  3. Safi Toner sari mentimum dan pokok lidah buaya 
  4. Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil
  5. Miyami Two-way Foundation from Cosway
  6. ZA Total Hydration Energy Mist

jerawat dah semakin pulih...
# kalau malas sangat aku just pakai Miyami Two-way Foundation from Cosway je...hehehe




Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. salam...maalah sya sama gak dgn awak,sya sebenarnye nk beli mnderma..top2 g farmasi dy syurkan sya cosmoderm.xtau la...nak try dulu..harap2 menjadi..

    ReplyDelete

Click me