Baru-baru ini aku tengok banyak orang memperkatakan tentang isu comango sampaikan aku tertanya-tanya apa sebenarnya comango ni atau mungkin isu ni dah lama sebenarnya? Dah la lama tak tengok berita, lagipon berita sekarang pon dah tak macam dulu lagi semuanya berkisarkan politik semata-mata macam nak kempen dah aku tengok and ramai orang jugak menyokong untuk tolak comango.
Apa sebenarnya COMANGO ? hasil carian di wikipedia,
COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke prosesSemakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva. Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Hal ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bahawa Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Kajian laporan hak asasi manusia ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Mereka akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia. Proses ini disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
---- laporan COMANGO ----
dari apa yang aku lihat, banyak kempen yang tolak sekeras-kerasnya comango disebabkan mereka telah menekan tentang limaa perkara iaitu :-
1. kebebasan untuk murtad.
2. hapuskan hak istimewa Melayu.
3. benarkan Kristianisasi & Syiah.
4. hapuskan hukuman Syariah.
5. membenarkan perlakuan seks songsang.
aku nak kongsi and share dekat blog ni mengenai satu penjelasan mengenai COMANGO daripada saudara Mohd Syamirulah Rahim dilaman facebook beliau.
Saya ditanya, apa pendirian saya mengenai COMANGO. Mungkin kerana individu tersebut melihat saya banyak melontarkan komen-komen dan kritikan-kritikan ke laman ISMA/Arus Baru, badan NGO yang cukup kritis mengenai COMANGO ini. Jawapan saya, MAJORITI tuntutan COMANGO itu saya bersetuju, dengan sebahagian daripadanya perlu pendetailan lanjut, manakala sebahagian kecil lagi yang saya tidak bersetuju. Namun secara keseluruhan, saya katakan laporan COMANGO amat baik untuk diperhalusi dan tuntutan-tuntutannya perlu dipandang serius sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa sebagaimana yang COMANGO bawakan. 1/ SUMBER Rata-rata yang bercakap mengenai COMANGO, berapa kerat sahaja yang membaca keseluruhan dokumen COMANGO tersebut. Sebaliknya, ramai yang hanya terpengaruh berdasarkan artikel-artikel pihak ketiga sama ada ISMA, Arus Baru, Harakah, hatta jentera kerajaan sendiri seperti Utusan dll. Begitu juga dengan poster-poster, saya cukup rasa skeptik kerana perenggan-perenggan yang ditulis COMANGO begitu panjang lebar penjelasannya, cuma disimpulkan dengan sepotong ayat sahaja. Islam mengajar kita untuk bersifat adil, dan meletakkan judgement sebegini adalah tidak adil meskipun terhadap COMANGO. Kita marah apabila orang yang berminat mengetahui mengenai Islam, bertanya kepada pihak yang tidak sepatutnya. Contohnya belajar mengenai Islam melalui media-media barat, atau melalui orientalis dll. Kita sering katakan, nak belajar mengenai Islam, rujuklah sumber utama Islam iaitu AlQuran sendiri. Logiknya begitulah. Mestilah terasa bangang apabila ingin tahu mengenai resepi memasak tomyam, tetapi ditanyanya kepada seorang doktor. Ya, mungkin doktor kuat makan macam saya boleh la ala kadar menceritakan resepi tomyam, tetapi tentulah yang lebih original dan tepat jawapannya, ditanya kepada chef tomyam sendiri. Begitulah kiranya mengenai sumber. Saya diajar dalam Islam, untuk mementingkan perihal sumber. Jika sesuatu mengenai agama yang diceritakan, biarlah diceritakan oleh ulama' se-alim mana sekalipun, ia tidak menghalang saya untuk bertanya dengan hormat, "Min aina laka haza?" (Dari mana kamu dapat benda ini?). Inikan pula yang disampaikan tersebut adalah naqib/naqibah/murabbi/murabbiah, tentulah mereka juga berhak ditanya. Apatah lagi terhadap artikel-artikel atau poster-poster yang disebarkan, yang tidak diketahui siapa pembuatnya. Ini sikap tabayyun yang diajar dalam Islam. Hakikatnya apabila saya membandingkan apa yang diulas/dipetik dengan apa yang sebenarnya ditulis didalam laporan COMANGO, perbezaannya sangat ketara sekali. Contohnya, mereka kata Perenggan 6(2) didalam COMANGO menuntut agar dimansuhkan hak orang Melayu. Ini pelik, kerana jika mengenai perlembagaan yang dibincangkan, COMANGO membicarakan mengenai perkara perlembagaan didalam Perenggan 2, bukannya Perenggan 6. Perenggan 6 membicarakan mengenai isu Racism. Kalau saya penulis COMANGO, yang berhasrat nak meminda perlembagaan dalam perkara hak orang Melayu, saya akan sebut dalam Perenggan 2, bukannya Perenggan 6. Nampak sangat, laporan ini dicincang dibedah dan diambil separuh-separuh, bukannya dibaca as a whole. Begitu juga contoh lain, dalam Perenggan 1, mereka mengatakan COMANGO menuntut negara menandatangani ICCPR yang membolehkan seseorang menukar agama sesuka hati. Padahal kalau dilihat Perenggan 1 membincangkan mengenai international obligations, yang bukannya ICCPR semata-mata, sebaliknya ada beberapa lain lagi international obligations seperti ICESCR, ICERD, CAT, ICRMW. Malahan dalam komponen ICCPR sekalipun, hanya satu sahaja yang menyentuh mengenai kebebasan beragama, iaitu Artikel 18 ICCPR, daripada kesemua 53 artikel yang ada. Hanya satu per 53, daripada ICCPR berbanding banyak lagi international obligations yang dituntut, mereka terus menyimpulkan bahawa Perenggan Satu adalah semata-mata untuk membenarkan orang murtad sesuka hati. Ini tidak benar. Tak payahlah bersetuju dengan Artikel 18 ICCPR tersebut, tetapi baki 52 Artikel lain yang menyentuh mengenai kebebasan ekonomi, kebebasan untuk travel, kebebasan daripada penderaan fizikal, takkan itu semua pun nak campak buang juga. Nak contoh lagi? Dalam Perenggan 3, COMANGO ada menyebut mengenai SOGI (Sexual Orientation and Gender Identities). Bila sebut pasal SOGI, terus puak-puak ISMA dsb ini membayangkan LGBT. Padahal SOGI adalah istilah umum. Saya lelaki, anda lelaki, dia perempuan, kita semua "straight", itu pun SOGI juga. Menyentuh mengenai LGBT, benarkah COMANGO menyuarakan agar hak diberikan kepada LGBT? Cuba tengok sendiri artikel penuh yang ditulis dalam laporan COMANGO. "escalation of discrimination and violence against lesbians, bisexual women, and the transgendered." (Perenggan 4.2) "Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LBGTIQ) are vilified, face violence, and are subjected to constant harassment by state and non-state actors alike" (Perenggan 6.1.1) "the Prime Minister has labelled the LGBT as enemies of Islam." (Perenggan 6.1.2) Kedudukan LGBT didalam Islam itu satu perbincangan yang luas. Tetapi yang COMANGO bangkitkan dalam laporan ini adalah mengenai DISKRIMINASI, KEGANASAN (VIOLENCE), GANGGUAN (HARASSMENT) ke atas mereka. Jika difikirkan dengan baik dari sudut Islam sekalipun, adakah Islam memang tidak membenarkan LGBT. Tetapi adakah ini bermaksud Islam membenarkan kita untuk mendiskriminasi mereka? Contohnya, seorang pondan datang ke sebuah restoran, tetapi tuan punya restoran menghalaunya disebabkan dia pondan. Boleh ke disisi Islam, kita buat macam ni? Apatah lagi violence (keganasan). Constant harassment - bila kita dapat tahu rakan kita rupanya seorang gay/lesbian, kita kutuk dia, boikot dia, takmau makan semeja dengan dia, hina dia. Inikah yang Islam ajar? Tentu sekali bukan. Apatah lagi melabel mereka sebagai "musuh Islam". Bukankah mereka ini golongan yang sebenarnya perlu dibimbing, jika tidak dapat mengubah mereka sekalipun, setidak-tidaknya agama tidak mensisihkan mereka. Ini pendekatan yang diambil oleh pendeta Kristian, mereka tidak bersifat menghukum sebaliknya mereka mengambil pendekatan memahami dan mencari punca. Pendek kata, saya tidak nampak COMANGO menuntut agar LGBT ini dileluasakan. Takde pun COMANGO mencadangkan agar diwujudkan persatuan khas untuk LGBT, atau NGO khas untuk membela nasib LGBT, atau peruntukan khas untuk mereka. Sebaliknya, berdasarkan apa yang ditulis dalam laporan mereka, COMANGO menggesa agar perbuatan zalim (diskriminasi, keganasan dan penghinaan) ke atas golongan ini dihentikan. Tentu sekali saya bersetuju. Contoh terakhir saya nak bagi, adalah mengenai isu penghapusan undang-undang syariah. Serius, saya meneliti dari muka pertama hingga akhir, tidak ada pun yang dikatakan menghapuskan undang-undang syariah, sebaliknya yang ada hanyalah cadangan penambahbaikan, terutamanya dalam lampiran (annex) yang disediakan oleh SIS. Saya ambil contoh, Perenggan 6.4 : Repeal S377A of the Penal Code that crinimalises consensual anal and oral sex. COMANGO menuntut agar kesalahan anal and oral sex dibuang dari undang-undang. Hah? Biar betul? Mana boleh camni! Rilek, yang disebut di atas adalah Penal Code. Bukannya undang-undang Syariah. Agama kita memang la mengharamkan perbuatan homoseksual. Tetapi ianya tidak semestinya haram bagi penganut agama lain. Kita nak paksakan hukum Islam ke atas orang lain, sudah tentulah zalim namanya. Boleh kita paksakan undang-undang, non-muslim juga diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan? Tangkap non-muslim yang tak puasa, usung dalam van jenazah? Tentulah tidak boleh. The best way regarding this, pada pandangan saya, adalah kesalahan liwat itu dihukum melalui undang-undang syariah, bukannya Penal Code. Takde problem. Begitu juga contohnya Perenggan 9.1, Hak untuk Privasi dibawah kesalahan syariah. Yang ini saya setuju sangat, perkara ini telah berulangkali dibangkitkan oleh Dr. Asri didalam siri-siri kuliah dan artikelnya. ISLAM TIDAK MEMBENARKAN TAJASSUS (MENGINTIP). Yang serbuan-serbuan maksiat di hotel-hotel itu, tidak ada didalam sumber asal Islam. Yang dibuat sekarang ni pun hanya berdasarkan prinsip saad'ul zarai sahaja. Hakikatnya ia membawa banyak kelemahan. Islam tak mengajar kita mengaibkan orang macam tu. Seterusnya, perenggan 9.2.1, COMANGO menyenaraikan masalah-masalah didalam undang-undang Syariah. Dalam bab ini, SIS mengambil banyak peranan membawa cadangan pindaan ke atas beberapa akta didalam undang-undang ini. Saya ulang, PINDAAN. Sebagai contoh, didalam lampiran yang dikemukakan (disediakan oleh JAG, yang antara ahlinya adalah SIS), dibincangkan mengenai tafsiran "harta sepencarian". Cerita panjang lebar boleh dibaca sendiri, tapi ringkasnya, definisi "harta sepencarian" sedia ada adalah terlalu longgar, yang membolehkan seorang suami apabila sudah menceraikan isterinya, mengambil tindakan membekukan akaun isterinya sendiri agar isterinya tidak boleh ambil duit dari akaun, padahal akaun itu milik isteri itu sendiri, atas nama "harta sepencarian". Ini sudah tentu kezaliman kepada isteri yang diceraikan. Anda setuju ke, bila bercerai laki anda call bank dan bekukan akaun anda, padahal time tu la anda takde duit tinggal sehelai sepinggang? Di sini isu yang SIS bangkitkan, agar definisi "harta sepencarian" itu dipinda semula. Bukannya batalkan terus undang-undang syariah, bak kata ISMA! Begitu juga contoh lain, mengenai isu syarat berpoligami, akta sedia ada menggariskan syarat "just OR necessary". Bermaksud seseorang lelaki yang ingin berpoligami, perlu memenuhi syarat ADIL atau perlu. Dalam banyak kes, mahkamah tidak dapat membuktikan bahawa lelaki mampu berlaku adil, tetapi kebenaran berpoligami terpaksa diberikan juga kerana lelaki tersebut menggunakan alasan "perlu" (seperti mencegah dari berlakunya zina dsb). Apa yang SIS cadangkan, adalah dipinda perkataan OR menjadi perkataan AND, iaitu agar lelaki "adil DAN perlu", dengan ini lelaki yang didapati tidak mampu berlaku adil (contohnya tidak cukup nafkah yang mampu diberi), tidak lagi sewenang-wenangnya dibenarkan poligami. Bagi saya, ini suatu pindaan yang bagus. Takde masalah, biarpun datang dari SIS, tapi memandangkan apa yang dicadangkan itu bagus, tak sepatutnya kita menolak begitu sahaja. 2/ SUBSTANTIAL Sekaligus membawa kita ke bab seterusnya, iaitu mengenai SUBSTANTIAL. Boleh ke kita menerima cadangan SIS tu? Bukankah SIS ini organisasi yang memutarbelitkan Islam, memandai-mandai menggunakan kefahaman sendiri dalam menafsirkan Islam, ahli-ahlinya tak pakai tudung. Mana boleh dengar cakap orang yang macam tu! Ye ke? Islam mengajar kita, sokongan atau penolakan kita terhadap sesuatu, mestilah secara substantial. Apa maksud substantial tersebut? Maksudnya, hendaklah bukan secara superficial, atau atas sekadar nama. Saya ambil contoh dalam Islam, kita belajar mengenai halal dan haram sesuatu. Halal dan haramnya sesuatu perkara/makanan/perbuatan, adalah bersifat substantial. Contohnya, beer. Kita tahu, beer itu haram, sebabnya ada khamar (unsur yang memabukkan). Tapi, adakah semua beer itu haram? Root beer, yang selalu kita minum, tak haram pula. Ini kerana, kita tahu dalam root beer tidak ada khamar. Ianya hanya sekadar nama. Kita tak mengatakan semua itu haram, asal nama beer sahaja, haram. Kita kena selidiki perinciannya. Begitu juga, tidak semestinya semua yang dimasak orang bukan Islam itu, haram. Tidak, sebaliknya sesuatu masakan yang dimasak mengikut prinsip Islam yang betul, adalah halal, tidak kira siapa yang memasaknya. Ayat mudah yang selalu orang guna pakai adalah - unzur ma qola, wa man qola (Lihatlah apa yang dicakap, bukannya siapa yang bercakap). Kan selalu kita dengar ayat ni? Dalil bagi kaedah ini adalah sebuah hadis sahih, bahawasanya Abu Hurairah pernah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w peristiwa beliau berjumpa dengan iblis, dan iblis mengajarkan beliau untuk membaca ayat kursi. Rasulullah s.a.w mengiyakan apa yang diajar oleh iblis tersebut. Ini menjadi pedoman kepada kita, bahawa sesuatu itu yang datang hatta dari iblis sekalipun, sekiranya betul, maka kita terima. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk bersikap substantial, tidak prejudis. Sedangkan dari syaitan pun Rasulullah s.a.w mengakuinya, inikan pula dari SIS. Taktau la kalau kita kata SIS tu lagi teruk dari iblis kot. Kisah ini diriwayatkan didalam Sahih Bukhari. Ibnu Hajar Al-Asqalani melalui komentarnya didalam kitab Fathul Bari membawa pengajaran dari hadis ini mafhumnya; "Orang faajir (pelaku maksiat) seperti syaitan, kadang kala tidak membawa manfaat, dan kadang kala ada manfaatnya. Boleh sahaja seseorang mengetahui sesuatu namun tidak mengamalkannya. Boleh sahaja seorang kafir itu benar dalam sesuatu yang tidak ditemui pada seorang muslim. Dan orang yang biasa berdusta, berkemungkinan sahaja jujur pada satu waktu yang lain." Penolakan, atau persetujuan kita terhadap COMANGO, adalah sesuatu yang substantial. Kita tidak menolak COMANGO semata-mata kerana SIS menjadi kepalanya. Mentang-mentang ada nama Marina Mahathir, kita assume ini mesti benda mengarut ni. Tak bolehlah macam itu, ianya tidak bertepatan dengan apa yang diajar dalam agama. Kita tidak "membangkang for the sake of membangkang". Kalau SIS tiba2 keluarkan pernyataan "kita mestilah makan nasik", tiba-tiba ada diantara kita bangkit kata - "mengarut, mana boleh makan nasik, kita makan benda lain!", semata-mata sebab yang sebut awal2 tu adalah SIS. Tak ke lucu jadinya tu? KESIMPULAN Isu COMANGO menuntut kita agar mengamalkan apa yang dipelajari melalui Islam, seperti kepentingan bertabayyun, kepentingan berlaku adil, dan kepentingan mempunyai ilmu dalam apa yang dibuat. Jikalau kita menghadkan input kita kepada sumber-sumber yang telah ditapis - contohnya hanya membaca apa yang dilaporkan oleh ISMA, sudah tentulah kita memahami dengan apa yang mereka mahukan kita fahami. Terfikirkan kita, bagaimana begitu mudah sekali mereka merumuskan perenggan-perenggan yang berjela-jela panjang, menjadi satu ayat beberapa perkataan yang ringkas? "Menuntut hak dibenarkan umat Islam untuk murtad" "Menuntut dibenarkan penyebaran syiah dan kristianisasi" "Menuntut diiktiraf budaya seks songsang (LGBT)" "Menuntut hak istimewa bangsa Melayu dipinda." "Menuntut keistimewaan hak jagaan anak kepada bukan Islam." "Mendesak penghapusan hukuman syariath". Saya mohon anda tanya diri sendiri, logik kah, sebuah laporan 22 mukasurat dengan 120 perenggan lebih (lebihkurang), dirumuskan kepada hanya enam ayat di atas sahaja? Orang yang mindanya berjalan pasti akan terfikir, selain point-point di atas, apa perkara lain yang disentuh ek. Nama pun laporan. Betul ke itu yang disimpulkan? Takkan la takde information leakage. Dan orang yang jujur mahu mengetahui kebenaran, pasti akan membuka laporan asal COMANGO ini dan meneliti setiap satunya, dan meneliti keseluruhannya secara penuh. Mustahil sesuatu yang kompleks sebegini, ada orang yang boleh "setuju semua" atau "bangkang semua", takkanlah tidak ada langsung point positif yang di-highlight oleh COMANGO. Tidak bersetujukah anda dengan Perenggan 13.2 - Ensure that all children in Malaysia, regardless of their status, have access to education at the same costs. Tidak bersetujukah anda dengan Perenggan 14.5 - Increase the amount of financial support to PWDs (sila baca sendiri apa itu PWD). Tidakkah anda rasa selamat dengan tuntutan pada Perenggan 7.2 - The right to life encompasses the right to be free from violence. Atau paling-paling cikai pun, kalau anda sayang kucing at least sokonglah Perenggan 7.2.1 dan 7.2.2, "Research has shown that there is a connection between violence against animal and violence against humans: pet abuse is 1 of 4 predictors of domestic violence; 65% of persons arrested for animal crimes have been arrested for battery against another person; and of 36 convicted multiple murderes, 46% admitted torturing animals as adolescents. Promoting and protecting animal rights is important in itself, but may also have an impact on Malaysia's efforts to reduce violent crimes." Tengok kucing anda kat sebelah tu. Hak dia pun, COMANGO pertahankan! Atas sebab itulah, satu yang saya terkilan dalam bab tuntutan COMANGO ini adalah, pada pandangan saya, kita komuniti Muslim sepatutnya lebih terkehadapan dan menjuarai isu-isu yang dibangkitkan oleh tuntutan COMANGO ini. Banyak tuntutan yang digariskan - seperti hak pekerja, hak ke atas alam sekitar, hak ke atas penduduk minoriti dan kaum asli, hak bagi mendapatkan servis kesihatan, hatta hak haiwan sendiri, semua ini merupakan perkara-perkara yang sedia ada dituntut didalam Islam. Saya menjadi malu apabila sebuah NGO yang sering kita kritik bahawasanya mereka ini tak faham Islam, mereka ini sekular, liberal, dsb, tetapi lebih prihatin berbanding kita yang mengaku Muslim, mengaku lebih faham Islam berbanding mereka. Jika mereka boleh mengumpulkan 54 NGO untuk sama-sama memperjuangkan sesuatu yang menjadi HAK UNIVERSAL SETIAP MANUSIA (dan haiwan), kenapa tidak ada wakil dari Islam turut serta? Yang ada pun, SIS tu jelah. Apabila kita menyebut "BISMILLAAHI AR-RAHMAAN AR-RAHIM", kita menyeru kepada sifat pemurah Allah ke atas sekalian umat manusia terlebih dahulu (Ar-Rahmaan), sebelum sifat kasih Allah ke atas umat Islam yang khusus (Ar-Raahim). Tetapi kenapa tidak kita bawa dan praktiskan ia? Secara keseluruhan, tuntutan COMANGO adalah tuntutan yang baik. Terdapat beberapa modifikasi pendetilan yang perlu dilakukan, manakala lompong-lompong yang ada boleh ditampung dengan adanya undang-undang syariah di negara kita. Namun untuk menolak COMANGO secara totok, bagi saya adalah satu kerugian yang besar. Kepada puak-puak yang bangkit marahkan COMANGO, saranan saya, sediakanlah satu lagi laporan "versi Muslim" yang mengekalkan sisi-sisi baik laporan COMANGO, maka nescaya saya akan segera mengangkat tangan dari laporan COMANGO dan menjulang laporan anda pula. Wallahua'lam.
harap yang melihat boleh membaca, yang membaca boleh mencerna. yang tidak cakna jangan memukul rata. Apa-apa kekasaran yang tercatit bukanlah untuk menyakiti rakan dakwah yang telah banyak bekerja untuk ummah. Ambillah penjelasan ini dengan keterbukaan ilmiah dan kelapangan ukkhuwah. Aku rasa ada betul dan salahnya sebab kita pon tak boleh la percaya 100% dengan apa yang dilaporkan sebab kita sendiri tak pernah nak menilai apa sebenarnya yang terkandung dalam laporan comango tersebut. yang buruk datang daripada saya, yang baik daripada Allah S.W.T. Wallahua'lam.
0 comments: