kalau sebelum kahwin pon dah pegang-pegang

By | 12:01 AM 1 comment
Assalamualaikum,

bestnya bercinta, penuh dengan nikmat yang tak terkata ibarat dunia ni kita yang punya kan, boleh pegang sana sini tak kisah dah halal haram..mungkin perasaan ini dialami oleh pasangan yang dilamun cinta. aku rasa budak-budak sekolah rendah sekarang dah pandai dah bercinta tak macam aku dulu satu benda pon tak tahu apa-apa lagi tau..berbeza gila antara zaman dulu dan sekarang. masa sekolah dulu couple-couple ni macam wajib je kan, kalau ko tak kapel ko memang kolot la.

bila umur dah meningkat sikit, terasa la diri ni matang kan so perasaan bercinta berkurangan la sikit-sikit. yang tak bestnya bila bercinta putus,bercinta putus,bercinta putus...ala baik tak payah bercinta kan tunggu je orang masuk meminang. bagi pendapat aku la kan perasaan aku nak bercinta ni masa dulu-dulu je zaman sekolah dulu, lama-kelamaan bila umur aku pon dah mencecah 21 tahun ni aku rasa macam bercinta ni satu perkara yang sia-sia je sebab banyak masa kita telah dibazirkan, duit banyak juga mengalir, dan macam-macam lagi la.

sekarang ni secara jujurnya aku anggap benda ni semua tak penting bagi aku, yang penting sekarang adalah aku nak sambung degree, kerja dan barulah boleh fikirkan pasal kahwin ( kalau dah ada jodoh dan duit dah cukup..hehe ). aku lebih tertarik akan bercinta selepas kahwin sebab bagi aku cinta selepas kahwin adalah sangat SWEET seperti pasangan --> dena bahrin & soffian ariff 



bagi yang sudah tahu akan kisah mereka mesti faham perasaan aku macam mana dan mesti banyak jugak perempuan akan mengimpikan untuk menjadi seperti mereka. bercinta pon tak pernah dan saling mengenali mengenai diri masing-masing selepas kahwin. indahnya percintaan mereka. aku ada la terbaca yang mereka kekok untuk berpegangan tangan masa photoshoot, dan nampak ketara juga pada gambar yang kaku tu kan, cuba bayangkan kalau orang sekarang ni buat photoshoot kahwin, semuanya dah nampak macam biasa kan sampaikan tak nampak dah ke 'originalan ' pada setiap detik gambar yang di ambil. kalau nak bercinta terutamanya pada yang lelaki, kalau sayangkan kekasih anda dan memang ada niat nak kahwininya, jagalah maruah dia dan jangan rosakkan dia . kalau sebelum kahwin pon dah nak pegang-pegang apa lagi yang tinggal pada masa kan datang. itu pesan saya. sekian.


Newer Post Older Post Home

1 comment:

Click me