[VIDEO] Cara pecahkan cermin kereta ketika berlaku kemalangan atau kecemasan

By | 12:36 PM Leave a Comment



Pada sesiapa yang pernah menonton S.O.S di TV9 pasti pernah melihat demontrasi daripada Aidid Marcello memandu kereta dan keretanya terjunam ke dalam tasik ? Video di bawah ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang Aidid Marcello lakukan mengenai cara untuk pecahkan cermin kereta dan selamatkan diri ketika berlaku kemalangan atau kecemasan tetapi ini adalah untuk rancangan TV di Jepun . Video ini telah dimuat naik di Youtube dan menjadi popular di negara China berikutan kejadian banjir kilat di Beijing yang meragut banyak nyawa. In case kalau orang yang sedang memandu tiba-tiba berlaku detik-detik cemas seperti ini bolehlah mempraktikkan demonstrasi ini. Mungkin apa sahaja alat di dalam kereta boleh digunakan selagi alat itu kuat untuk memecahkan cermin kereta tersebut.






Jika diperhatikan pada gambar-gambar di atas seorang perempuan cuba untuk memecahkan cermin kereta dengan menggunakan 'headrest' ataupun senang cakap tempat kita sandar kepala dekat tempat duduk tu. Tapi jika kejadian ini berlaku pada kita, rasa-rasa sempat lagi ke nak cabut 'headrest' tu ?Kalau boleh gunakan jela apa-apa bahan keras yang boleh membantu. Bukan nak mintak kejadian ini berlaku tapi beringatlah kita sebelum kena. Ikhtiar kita untuk terus hidup atau mati. Sebarkan pada kawan-kawan jika anda sayangkan mereka. Untuk gambaran lebih jelas boleh tengok video dekat bawah ini.








Newer Post Older Post Home

0 comments:

Click me