assalamualaikum
sihat ke semua? dah makan ? kalau sihat and dah makan jangan lupa ucap Alhamdulillah ye. hehe. kalau kita dikurniakan rezeki lebih pon jangan lupa ucap Alhamdulillah ye. al kisahnya nak cerita ni, cek kedua nuffnang aku dah sampai 27/8/2012 hari tu dengan selamatnya. Alhamdulillah, dalam 3 tahun aku berblog ni baru je dapat merasa duit nuffnang sebanyak 2 kali. itupon jumlahnya tak banyak la kalau nak dibandingkan dengan blogger famous yang lain kan.
cek nuffnang bulan 8 |
kali ni cek sampai cepat je sebab aku cash out duit tu 27/7/2012 and aku terima cek tu dalam masa sebulan je 27/8/2012. dalam masa sebulan dorang proses duit tu, tapi kalau macam masa first time cash out tu aku rasa lama jugak dalam 2 bulan baru cek sampai. maybe masa tu aku tak tau lagi nak pilih tarikh yang sesuai untuk cash out ataupun dulu aku ni baru first time nak cash out itu yang lambat sampai tu.
cek nuffnang bulan 12 lepas |
blogger lain banyak yang bagitau suruh cash out cek nuffnang tu hujung-hujung bulan contohnya macam 27, 28, 29, 30 haribulan tapi aku pilih 27 haribulan sebab masa tu 27 hari jumaat, so cepat sikit prosesnya berbanding hari cuti kan. tapi memang aku bersyukur sangat sebab menambah pendapatan dengan dunia blog ni disamping dapat simpan duit sikit dalam bank.
gambar kat atas ni merupakan payment history akaun nuffnang aku.
bagi yang baru nak melangkah ke dunia blog mesti banyak benda nak tau kan. aku syorkan korang letak la iklan nuffnang kat blog korang and pandai-pandai buat entry yang menarik minat orang untuk membaca ataupun menulis entry dengan keyword yang bagus. siapa tau blog korang akan jadi lebih menarik dari blog aku ke ? hehe
0 comments: