assalamualaikum
kalau dah namanya pon masuk U, mestilah ada orientasi ye tak ? alaa kalau masuk matrik ke, politeknik ke ada jugak orientasi. ada apa masa orientasi ni ? orientasi ni bertujuan untuk sesi pengenalan kepada pelajar-pelajar baru mengenai tempat-tempat yang ada dekat UPM ni, bagi kita kenal sikit la suasana dekat UPM ni macam mana kan sambil tu abang-abang dekat kakak-kaka fasi boleh la ragging budak-budak baru. haha. takdelahh main-main je. Alhamdulillah minggu orientasi dekat UPM ni takde la istilah nak ragging-rangging ke sebab fasi semua layan ktorang macam Mahasiswa.
Minggu orientasi berlangsung selama seminggu dan kebanyakkannya sesi orientasi kolej 12 banyak diadakan di Sanggar dua belas dan di Dewan Putra. kalau ada macam event besar macam Minggu Perkasa Putra tu barulah kami semua akan dibawa naik bas beramai-ramai dan bersesak-sesak dalam bas macam ikan sardin dalam tin. serius semput time ni. hahaha.
sanggar dua belas |
macam biasalah kalau orientasi mesti kena bangun awal, nak rebut-rebut bilik air lagi. orientasi dah la start pukul 7.45 pagi macam tu and habis dalam pukul 12.00 tengah malam. bayangkanlah betapa penatnya kami semua nak rushing untuk makan, solat lepas tu pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. kalau dapat rest pon dalam masa 20 minit je kot untuk solat and makan ataupun nak balik bilik kejap ke.
barang-barang yang dapat masa orientasi |
aktiviti sepanjang orientasi ni banyak jugak, antara yang aku ingat ialah mula-mula kena ice breaking sikit la, kena kira nombor 1 sampai 14 lepas tu beratur ikut nombor masing-masing. ada permainan macam kamil kata, main jual-jual saham ( yang ni enjoy gilaaa ! ), sesi berkenalan ikut pusingan jam, lepas tu ada senam 1 Malaysia, menari oppa gangnam style pon ada ! haha. lepastu fasi-fasi akan ajar ktorang buat cheers bagi kolej 12 and cheers ni memang penting untuk semua kolej sebab nanti pada minggu perkasa putra semua kolej akan berlawan-lawan cheers. bagi aktiviti luar, ktorang di bawa ke Bukit Ekspo UPM iaitu kawasan riadah untuk joging ke memancing ke. dekat Bukit Ekspo ni ada dusun durian, tasik, dengan taman.
kenangan di Bukit Ekspo UPM |
bila semua kolej berlawan cheers memang kecoh satu dewan !
Bagi Minggu Perkasa Putra pula, masa ni la semua pelajar baru UPM akan berkumpul ikut kolej masing-masing dengan memakai pakaian seragam hitam putih. bagi lelaki berbaju kemeja putih & tie (UPM bagi ) dengan seluar slack hitam bagi perempuan pula baju kurung putih dan kain hitam, untuk tudung pulak kena pakai pashmina ( UPM bagi ).
Minggu Perkasa Putra UPM |
Minggu Perkasa Putra UPM |
ini la roomate aku cik Aida.
orientasi berlangsung sampai la hari jumaat and last sekali kolej aku ada adakan satu aktiviti gotong-royong untuk semua warga kolej 12. ingatkan gotong-royong ni kena la bersihkan kolej, sapu ke mop lantai ke, rupanya kena tanam pokok je. haha. lepastu kutip daun kering. tapi kira ok la tu kan kerja ringan je, lepastu adalaa kena cat tepi-tepi jalan tu yang hitam kuning tu aku pon tak tau la apa nama benda tu hahaha.
baju kolej 12 |
gambar lepas gotong-royong, ktorang pakai baju kolej 12 ni..cantik tak ? hehehe. lepas dah habis orientasi semua serius rasa boring gila duduk dalam bilik je and tak tahu nak buat apa. yela dah takde dah nak rushing bangun awal, rebut-rebut bilik air, ada abang and kakak fasi tolong bawakkan ktorang pergi sana sini. rinduuuu sangat time orientasi. lepas habis orientasi tibalah masanya minggu kuliah bermula. kena bersiap sedia la sebab dekat Universiti ni semua kita kena buat sendiri. tapi hari ahad tu aku, roomate dengan member bilik depan cadang nak jalan-jalan pergi The Mines sebab nak belajar naik bas pegi luar dari UPM supaya senang la sikit bila nak balik rumah nanti dah tau kena naik bas apa. The Mines jela dekat kan dengan UPM, selain tu ada juga South City Plaza tapi tak pernah pergi lagi. nak tau siapa aku jumpa dekat The Mines ? tunggu untuk next entry ( sini ).
eh upm jugak ye..kolej 12?
ReplyDeletejiranlah kite. sebelah kolej je. hihi
gud luck :)
mainjual saham cmana tu? tlg citer skit
ReplyDeletebaju putih mmg kena bawa sendiri ke?
ReplyDelete@ansndzrhmn ha ah..kena bawak sendiri
ReplyDeleteboleh tak terangkan aktivitijual saham ni ? thanks
ReplyDeletealaaa kita just main game, fasi akan cakap dia nak jual berapa saham so kita akan beli
Deletebaju kurg putih kosong eh??
ReplyDeleteThanks great blog postt
ReplyDelete