Perkhidmatan ETS Train yang mengecewakan

By | 6:12 PM 2 comments



Assalamualaikum

kali ni aku nak buat sesi luahan perasaan blog dalam blog, selalu cerita pasal benda-benda yang aku suka je kan, kali ni benda ni memang aku tak suka and baru first time terjadi. al kisahnya aku ni selalu la jugak menggunakan perkhidmatan ETS Train untuk balik ke rumah dekat Ipoh. selalunya aku ulang alik dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh ke KL Sentral, jadinya aku pon beli la siap-siap tiket pergi balik dekat KL Sentral tu.

memang la ramai gila la time hari Isnin petang tu, aku ingatkan takde orang time camtu nak beli tiket, tapi nak balik punya pasal tunggu jela dekat sejam sebab nombor giliran aku lambat lagi. dipendekkan cerita nombor aku dah dipanggil, so aku dengan leganya pon pergila dekat kaunter tu untuk beli tiket ETS pergi balik Ipoh...lepas tu dan-dan pulak sistem down so kena tunggu lama sikit la dekat depan kaunter tu. kakak kaunter cakap adik duduk dulu nanti dia panggil balik bila dah ok, lama gak aku tunggu dalam 15 minit macam tu baru dia panggil balik.

kakak kaunter tu pon bagi la tiket yang aku pesan tu, tiket ETS pergi Ipoh tiket yang biasa and tiket ETS pergi KL Sentral aku dapat tiket manual macam dalam gambar dekat bawah ni. aku pon pelik la kertas apa pulak dia bagi dekat aku ni and dia cakap ini tiket manual so consider sebagai tiket sebenar jugak. ok fine ! aku baru tahu ada tiket manual.

tiket normal ETS
tiket manual ETS

balik Ipoh hari Jumaat and pergi KL Sentral balik hari Ahad. dengan sedihnya aku meninggalkan rumah dengan meredah hujannya sebab dah terlambat, so kena la kejar train pukul 3 petang. KTM kan ontime everytime so nak tak nak memang kena cepat.

bila masuk je dalam train terus cari tempat duduk aku..tiba-tiba dekat belakang rupa-rupanya  ada orang yang nak duduk sebelah aku jugak, ok takpela silakan duduk. tapi dia cakap " u 7B kan ? duduk sini, saya 7A tepi tingkap..." haaaa apo ni ? aku pon 7A jugak macam mana boleh sama dengan dia lak ? mustahil ! dia pon tunjuk tiket and aku pon dalam masa yang sama tunjuk tiket jugak. memang sama ! sama tempat duduk ! mustahil ! time tu takdelah pekerja ETS tu lalu so biarkan jelah, dia pon duduk sebelah aku sebab memang takde orang.



sesudahnya tren sampai dekat stesen batu gajah, ada sorang aunty cina ni dia lalu dekat sebelah kitaorang and buat muka pelik. dia cakap " eh ? ni saya punya tempat, u silap ni..." alamak macam mana ni aunty tu dah bising-bising sebelah kitaorang. kebetulan pekerja ETS yang cek tiket tu dah nak datang dekat tempat duduk aku and dia tengok aunty yang berdiri tu. dia pon cek tiket aunty tu and cakap betol la sini lepastu dia cek tiket aku dengan amoi sebelah and dia pelik macam mana boleh sama ? dia tanya dekat aku beli dekat mana tiket ni ? aku cakap la beli dekat KL Sentral........hmm last-last aunty tu dah bising-bising dekat situ, kakak tu suruh aku pindah coach B, seat 14C. aku dengan muka segan gila bawak banyak barang dengan bekal makanan lagi pergi la pindah coach B. sampai coach B takde pon tempat duduk 14C tu memang tak wujud kot, kakak tu bagi salah info. last-last aku kena duduk je dekat tempat duduk mana yang kosong. hmm sedih gila..dah la tempat duduk aku takde tempat boleh letak makanan tu so pegang jela sepanjang perjalanan tu.

aku dengan perasaan sakit hati and geram sekali, sampai je KL Sentral terus nak pergi buat komplen dekat kaunter beli tiket. aku ambil nombor and pergi mengadu dekat kaunter tu, aku cerita semua masalah aku dekat dia and aku cakap la macam mana tiket saya boleh sama dengan orang lain plak ? lepas tu dia nak tengok tiket and aku rasa tiket aku dah hilang so dia tak boleh cek ID tiket tu. hampa. aku pon blah la, sekali aku punggah beg jumpa balik tiket manual tu and pergi balik dekat kaunter. orang tu cek aku punya tiket ID and memang sah-sah ada double booking tiket. aku pon tak paham la macam mana la pekerja KTM ni buat kerja, tak alert langsung..make up nak tebal 10 inci je tapi tak reti buat kerja. adoiyaiii... nasib la aku dapat tempat duduk, kalau tak dapat memang aku nak mintak duit aku balik la. nasib baik jugak dorang dah minta maaf and kata benda takkan terjadi lagi di masa akan datang. ok fine ! aku nak tengok sejauh mana kebenaran tu. korang kalau nak beli tiket tu hati-hati la kalau dapat tiket manual ni sebabnya tiket ni dia hanya tulis tangan and korang kena pastikan dia dah betul-betul reserved tempat kita dalam sistem sekali. aku harap lepas ni takdelah kejadian ni berulang lagi.





dari,
penumpang ETS yang kecewa









Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Ikut sakit ati jgk...ergh. .dh laa tiket ets tu mahalkannnn... Slalu kte naik ets dr batu gajah.. :)

    ReplyDelete
  2. Memang tak puas hati kalau kena macam ni... Bayar mahal2 tapi perkhidmatan mengecewakan.

    ReplyDelete

Click me