[GAMBAR] Irma Hasmie honeymoon bersama suami tercinta Redza Syah Azmeer di Australia ! Serius sweet

By | 11:36 AM 4 comments


Assalamualaikum
Pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan iaitu pelakon Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer telah berbulan madu di Gold Coast, Australia tajaan ikhlas dari D'Haja Boutique. Irma dan suami merupakan pasangan yang sama cantik sama padan ini, terpancar jelas kebahagian dan kemesraan mereka didalam gambar-gambar honeymoon ni. Memang sweet, and pastinya ramai peminat yang mengimpikan dan tertarik dengan kisah pertemuan mereka termasuk la aku sendiri..hehe..yela siapa yang tak nak bertemu dengan jodoh yang baik kan. InsyaAllah dengan izinNya. 
Berdoa supaya bertemu jodoh yang baik pon dituntut juga dalam Islam kan ? Manusia kan selalu mengimpikan kesempurnaan, so kita berdoa lah untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling kita. Mudahan doa kita dimakbulkan. Tapi jangan la doa untuk jodoh yang baik je, doa la untuk yang lain juga ok. Jangan gatai sangat na.....

Berikutan daripada tersebarnya gambar-gambar bekas isteri Redza Syah Azmeer and gambar kahwin dorang, cuma satu je nak pesan yang lepas tu biarkan berlalu. Kita mulakan kehidupan baru, tengok Irma and Redza sekarang bahagia kan. Jom layan gambar honeymoon ( bulan madu ) Irma hasmie dan Redza Syah Azmeer...








Berikut merupakan owner kepada D'Haja Boutique Puan Ija yang menaja pakej bulan madu Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer di Gold Coast Australia.



Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. wah..best betull..honeymoon pon ditaja!huhu

    ReplyDelete
  2. tanpa mekap pun irma tetap sweet sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  3. Betul, yang lepas tu biarlah lepas. Tu sejarah yang tak perlu diungkit. Sangat suka tengok dorang :)

    ReplyDelete
  4. Saya doakan semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Irma dan suami memang sepadan dan ditentukan Allah utk bersama. Tahniah!

    ReplyDelete

Click me